BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

13 September 2010

Hari Ketiga Syawal

Hari Ketiga Syawal diteruskan dengan aktiviti berziarah. Kali ini kami ke Rembau. 

Kami keluar rumah sekitar jam 12:00 tengahari dan terus menuju ke pekan Pedas, di mana ada sekumpulan lagi anggota keluarga yang menunggu di sana. Setibanya di pekan Pedas, kami meneruskan perjalanan ke Rembau. 

Tujuan kami ke Rembau ialah untuk menziarahi saudara mara yang masih tinggal di kampung asal ibu mertua. Tentunya kesemua mereka berpangkat pakcik dan makcik kepada ibu mertua. Tidak ramai yang tinggal kerana yang lain sudah kembali kerahmatullah. 

Sejak kami berkahwin, inilah pertama kali ke sana. Malah ada anggota keluarga yang lain yang sama seperti kami yang tidak pernah pergi ke kampung-kampung tersebut.

Bagi yang sudah lama tidak pergi kampung  tentunya tidak menyangka yang keadaan sudah banyak berubah. Maklumlah dahulu persekitaran kampung ialah sawah padi, sekarang sawah sudah diganti dengan pokok getah.  Jadi tidaklah pelik jika kami kerap tersalah jalan!

Walau bagaimanapun kami puas kerana hajat ibu mertua untuk menziarahi saudara mara yang berada di sekiatr Rembau tercapai. Maklumlah bila sudah lama tidak berjumpa, setiap kali sesi berziarah umpama episod didalam "Jejak Kasih" :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan