Cerita Tentang [
Blog
]

Malware Menganggu Aktiviti Online

Memang kurang memberangsangkan untuk melakukan aktiviti "Blog Walking" sejak seminggu yang lepas berikutan serangan "Malware" dibeberapa halaman web yang masih belum reda sepenuhnya.

Oleh yang demikian, Aku mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti "Blog Walking" buat sementara waktu dan memilih untuk membuat beberapa perubahan serta penambahbaikan pada blog ini. 

Antara perubahan yang dibuat ialah merombak sedikit susun atur "Widget", membuang "Widget" iklan yang tidak produktif, membuang "link blog" yang disyaki tidak selamat dan akhir sekali menambah "Widget" yang lebih berguna untuk memudahkan navigasi kandungan blog. 


2 buah "Widget" terbaharu yang diletakkan pada blog ini ialah "Social Plugins Widget" dari Facebook dan "Widget RSS Custom".  "Social Plugins Widget" dari Facebook ini dapat memaparkan artikel popular pada blog ini yang telah disebarkan oleh pembaca blog untuk dikongsi di Facebook.




Manakala "Widget RSS Custom" pula memaparkan "Artikel Yang Paling Popular Sepanjang 7 Hari Yang Lepas" di blog ini.

Agak meletihkan juga kerja-kerja mengemaskini serta membersihkan blog ini. Terutamanya dalam mengesan "link" blog yang disyaki tidak selamat. Terpaksa memeriksa kesemuanya satu persatu. 

Blog yang  memaparkan mesej "Reported Attack Page" terpaksa dikeluarkan dahulu daripada senarai. Kecewa juga kerana terpaksa mengeluarkan "link" blog rakan-rakan yang didapati tidak selamat daripada "Blog Roll", tetapi apakan daya kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan.


Hanya link yang benar-benar selamat akan dipaparkan pada "Blog Roll". Entah bila masalah "Malware" akan selesai?





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner
Tags:
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment