Apabila Kanak-Kanak Di Dewasakan Terlalu Awal..

Sebenarnya sudah lama ingin menulis tentang perkara ini. Berkenaan satu rancangan di TV berbentuk realiti yang melibatkan kanak-kanak sebagai pesertanya. Entahlah mungkin masih tidak cukup rancangan realiti yang berbentuk hiburan di Malaysia sehingga kanak-kanak pun hendak dijadikan seperti orang dewasa.

Memang kurang berkenan bila kanak-kanak ini didewasakan terlalu awal. Patutnya pada umur semuda itu,  kanak-kanak ini patut diberi peluang untuk menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak sebaik mungkin. 
Betul untuk mengilap bakat perlu dibuat seawal peringkat ini, tetapi apakah bakat yang patut digilap sebenarnya? Bakat seni? Menyanyi? Menari? atau berlakon?
Kalau pun mahu menerbitan rancangan TV yang melibatkan kanak-kanak, buatlah rancangan yang mampu membuat mereka menjadi kanak-kanak pintar serta berakhlak atau rancangan yang mampu menyerlahkan potensi diri mereka serta meningkatkan motivasi mereka untuk menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara.

Secara peribadinya Aku bukanlah  anti rancangan hiburan secara total, cuma tidak berkenan langsung dengan rancangan TV yang melibatkan kanak-kanak yang di dewasakan terlalu awal! Rasanya rancangan tersebut  lebih banyak memberikan contoh yang negatif  kepada kanak-kanak yang lain.





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™