Sejak menamatkan pengajian, Aku telah memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan kehidupan. Memang sepanjang tempoh itu Aku tidak berhubung langsung dengan rakan-rakan sekolah yang lain kecuali beberapa orang yang kebetulan bekerja di bangunan yang sama dan yang tinggal berhampiran.
Hendak dijadikan cerita pada satu hari, terserempak dengan seorang rakan sekolah di bangunan tempat Aku bekerja. Kebetulan beliau baru sahaja berpindah kerja ke bangunan itu. Memang seronok bila bertemu rakan lama, maklulah sudah hampir 15 tahun meninggalkan alam persekolahan tentu banyak cerita yang ingin dikongsi bersama.
Akhirnya pada suatu hari Aku dijemput untuk ke rumah beliau. Katanya untuk mengeratkan "Networking" antara kita. Tiba-tiba hati berasa seronok kerana menggangap bahawa perjumpaan tersebut mungkin akan membuka jalan bagi projek "reunion" rakan-rakan sekolah yang tertangguh sejak beberapa tahun yang lepas.
Sebaik sahaja melangkahkan kaki ke rumah tersebut, hati sudah menjadi tidak selesa lebih-lebih lagi apabila terpandang "White Board" yang agak besar, serta beberapa orang lain yang Aku tidak kenali dan seorang perempuan persis pensyarah yang sedang menunggu kehadiran pelajarnya. Ciss!!! Rupa-rupa perjumpaan tersebut adalah untuk merekrut "downline" MLM!
Mujur juga Aku seorang yang mudah untuk berterus terang. Aku katakan padanya yang Aku tidak akan menyertai MLM kerana kawan atau untuk menjaga hatinya. Ini soal prinsip hidup, jadi berterus terang hanya jalan yang mampu memberi kefahaman kepada beliau. Apa-apa pun kawan tetap kawan. Aku segera meninggalkan perjumpaan tersebut sebaik sahaja selesai sesi memperkenalkan diri.
Bila kita berjumpa rakan sekolah tentunya kita tanpa banyak soal menggangap mereka masih seperti dahulu. Rupa-rupanya dalam tempoh masa 15 tahun itu macam-macam boleh berlaku. Manusia berubah! Namun begitu persahabatan kami masih lagi baik sehingga sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan