Twitter Dan Digg Kini Menjadi Teman "Entry"

Kini sudah hampir sempurna proses menaik taraf  blog ini untuk lebih mesra aplikasi rangkaian sosial. Memang diakui jika tidak meletakkannya diblog, seolah-olah blog ini ketinggalan trend semasa. 

Lagipun dengan adanya integrasi ini akan memudahkan pengunjung memberikan respon pantas terhadap artikel yang disiarkan sekiranya pengunjung  tidak berminat meninggalkan komen.



Bermula dengan Facebook sekitar bulan Oktober yang lepas dan kini diikuti oleh Twitter dan Digg. Ketiga-tiga aplikasi rangkaian sosial ini diberi perhatian utama  kerana berpendapat aplikasi tersebut adalah yang paling popular buat masa ini.  

Alhamdulillah segala proses mengemaskini blog ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.  


Sekarang pengunjung boleh memberikan respon terhadap artikel yang disiarkan melalui keadah normal iaitu komen atau kaedah terkini melalui Facebook Like, Retweet dan Digg.  Segala respon dari pengunjung serta rakan-rakan blogger yang lain pastinya akan memeriahkan lagi blog.

Berikut adalah tutorial ringkas serta kod yang perlu digunakan untuk mendapatkan paparan seperti diatas.  

  • Log masuk ke blogger  1. Dashboard 2. Design 3. Edit HTML 4. Tick
  • 5. Kemudian cari

<data:post.body/>

  • 6. Potong dan tampal kod ini selepasnya (Kod ini hanya untuk Tweeter & Digg)

<div style='float:left; margin-left:0px;'>
<script type='text/javascript'> tweetmeme_url = '<data:post.url/>'; </script><script src='http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js' type='text/javascript'> </script>
</div>

<div style='float:left; margin-left:10px;'>
<script type='text/javascript'>
digg_url="<data:post.url/>";
</script>
<script src='http://digg.com/tools/diggthis.js' type='text/javascript'/>
</div>


  •  7.  Save Template

Diharap tutorial ringkas ini dapat membantu serta memberi idea bagaimana cara mengintegrasi blog  berasaskan  blogspot (blogger) dengan aplikasi rangkaian sosial.




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.
Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™