Kini sudah hampir sempurna proses menaik taraf blog ini untuk lebih mesra aplikasi rangkaian sosial. Memang diakui jika tidak meletakkannya diblog, seolah-olah blog ini ketinggalan trend semasa.
Lagipun dengan adanya integrasi ini akan memudahkan pengunjung memberikan respon pantas terhadap artikel yang disiarkan sekiranya pengunjung tidak berminat meninggalkan komen.
Bermula dengan Facebook sekitar bulan Oktober yang lepas dan kini diikuti oleh Twitter dan Digg. Ketiga-tiga aplikasi rangkaian sosial ini diberi perhatian utama kerana berpendapat aplikasi tersebut adalah yang paling popular buat masa ini.
Alhamdulillah segala proses mengemaskini blog ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
Sekarang pengunjung boleh memberikan respon terhadap artikel yang disiarkan melalui keadah normal iaitu komen atau kaedah terkini melalui Facebook Like, Retweet dan Digg. Segala respon dari pengunjung serta rakan-rakan blogger yang lain pastinya akan memeriahkan lagi blog.
Berikut adalah tutorial ringkas serta kod yang perlu digunakan untuk mendapatkan paparan seperti diatas.
Berikut adalah tutorial ringkas serta kod yang perlu digunakan untuk mendapatkan paparan seperti diatas.
- Log masuk ke blogger 1. Dashboard 2. Design 3. Edit HTML 4. Tick
- 5. Kemudian cari
<data:post.body/>
- 6. Potong dan tampal kod ini selepasnya (Kod ini hanya untuk Tweeter & Digg)
<div style='float:left; margin-left:0px;'>
<script type='text/javascript'> tweetmeme_url = '<data:post.url/>'; </script><script src='http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js' type='text/javascript'> </script>
</div>
<div style='float:left; margin-left:10px;'>
<script type='text/javascript'>
digg_url="<data:post.url/>";
</script>
<script src='http://digg.com/tools/diggthis.js' type='text/javascript'/>
</div>
- 7. Save Template
Diharap tutorial ringkas ini dapat membantu serta memberi idea bagaimana cara mengintegrasi blog berasaskan blogspot (blogger) dengan aplikasi rangkaian sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan