Barbican - Pengalaman Pertama Menikmatinya

Beberapa minggu yang lepas, berkenalan dengan Barbican. Memang tidak dapat dinafikan perkenalan yang singkat telah berjaya membuat hati ini ingin mendekatinya dengan lebih mendalam. Mula mencari maklumat mengenainya di internet. 

Sebenarnya Barbican ialah sejenis minuman berasaskan malt tanpa alkohol yang berasal dari timur tengah, atau lebih spesifik Dubai, UAE.

Bagi sesiapa yang biasa pergi ke restoran makanan Arab, minuman ini pastinya sudah tidak asing lagi. Tak lengkap menikmati makanan Arab tanpa minum Barbican!  Dijual antara RM2.70 hingga RM3.00 sebotol.


Barbican - Malt Premium Tanpa Alkohol


Apa pun, terdapat 7 perisa kesemuanya, tetapi masih belum berkesempatan mencuba kesemuanya. Sambil menulis artikel ini, Barbican perisa "strawberry" menjadi teman setia.  Masih ada 2 botol lagi Barbican berperisa "lemon" dan "peach" di dalam peti sejuk.

Ada sesetengah orang kata Barbican juga sesuai diminum untuk menghilangkan rasa pahit tekak setelah menghisap sisha.  Tidak tahu sejauh mana kebenarannya.. Tetapi yang pasti sambil menulis blog dan meikmati Barbican lebih mendatangkan "feel"  :)

Barbican - Sudah Cuba Pasti Terpikat!


Misi bulan ini ialah mencari dan melengkapkan kesemua 7 perisa dan membuat perbandingan rasa. Jika sudah mencuba kesemuanya baru boleh buat ulasan yang adil.



Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner



Komen Melalui Facebook: