TP-LINK 3G/3.75G Wireless N Router Model TL-MR3420

Memang sudah lama memikirkan idea untuk mewujudkan zon "WiFi" di rumah. Namun begitu hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana kos router yang mampu menyokong teknologi 3G/HSDPA yang agak mahal pada masa itu.  

Tetapi sejak kebelakangan ini terdapat beberapa buah model router yang boleh menyokong teknologi 3G/HSDPA yang dijual pada harga yang agak berpatutan. Antaranya ialah TP-Link, Aztech  dan D-Link yang berharga dibawah RM150.  Nampaknya tahun 2011 adalah masa yang sesuai untuk memulakan projek ini.

Fasa kedua Projek mewujudkan zon  "WiFi" di rumah dimulakan dengan membeli router TP-Link Model TL-MR3420 di Digital Valley,  Danga City Mall. Router ini dipilih kerana faktor harganya murah, spesifikasinya yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki serta jaminan 2 tahun daripada pengeluar.


Antara ciri-ciri menarik router ini ialah:
  • Compatible with UMTS/HSPA/EVDO USB 3G/3.75G modems, tested in the field 
  • 3G/WAN failover guarantees a sustained Internet connection 
  • Local wireless HD video sharing, the speeds up to 300Mbps 
  • Easy one-touch wireless security encryption with the Quick Security Setup button 
  • Bandwidth control allows administrators to determine how much bandwidth is allotted to each PC


3G/WAN failover  -  Router ini boleh menjamin sambungan ke internet tidak terganggu dengan membolehkan 2 sumber sambungan internet iaitu 3G dan WAN dikonfigurasikan ke dalam router. Jika salah satu sambungan internet terganggu, router secara automatik akan mengaktifkan sambungan  kedua untuk meminimunkan kesan gangguan terputus sambungan internet dan memutuskan sambungan kedua apabila sambungan internet utama telah pulih.

Admininistrator juga boleh menentukan samada 3G atau WAN sebagai sambungan utama ke internet, jika ingin menggunakan fungsi "failover"  atau konfigurasi sambungan tunggal  (3G atau WAN). Khas untuk projek ini, konfigurasi sambungan tunggal 3G diaktifkan.




Bandwidth control  - Fungsi ini dianggap menarik kerana, Administrator diberi kuasa untuk menetukan kadar maksimum "bandwidth" untuk setiap perkakasan yang menggunakan router tersebut.  

Selain daripada menentukan bandwidth, router ini juga mempunyai fungsi jadual yang membolehkan Administrator mengawal penggunaan internet mengikut masa yang ditetapkan. Bagus diaktifkan untuk mengawal penggunaan internet anak-anak.

Secara amnya router ini amat mudah untuk dikonfigurasi kerana dokumentasi yang lengkap serta halaman "Web admin" yang mudah digunakan.  Alhamdulillah setelah hampir seminggu menggunakannya memang cukup berpuas hati dengan prestasinya. 

Cuma buat masa ini sambungan WiFi ke komputer Nurin Iman masih belum dapat dibuat kerana terlupa untuk membeli USB WiFi Adaptor.  Insyallah hujung minggu nanti akan sekali lagi ke Digital Valley untuk membelinya dan seterusnya melengkapkan projek ini.









Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner



Komen Melalui Facebook: