BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Router. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Router. Papar semua catatan

09 Februari 2011

Februari 09, 2011

TP-LINK 3G/3.75G Wireless N Router - Model TL-MR3420

Memang sudah lama memikirkan idea untuk mewujudkan zon "WiFi" di rumah. Namun begitu hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana kos router yang mampu menyokong teknologi 3G/HSDPA yang agak mahal pada masa itu.

Tetapi sejak kebelakangan ini terdapat beberapa buah model router yang boleh menyokong teknologi 3G/HSDPA yang dijual pada harga yang agak berpatutan. Antaranya ialah TP-Link, Aztech dan D-Link yang berharga dibawah RM150. Nampaknya tahun 2011 adalah masa yang sesuai untuk memulakan projek ini.

Fasa kedua Projek mewujudkan zon "WiFi" di rumah dimulakan dengan membeli router TP-Link Model TL-MR3420 di Digital Valley, Danga City Mall. Router ini dipilih kerana faktor harganya murah, spesifikasinya yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki serta jaminan 2 tahun daripada pengeluar.







Antara ciri-ciri menarik router ini ialah:
  • Compatible with UMTS/HSPA/EVDO USB 3G/3.75G modems, tested in the field
  • 3G/WAN failover guarantees a sustained Internet connection
  • Local wireless HD video sharing, the speeds up to 300Mbps
  • Easy one-touch wireless security encryption with the Quick Security Setup button
  • Bandwidth control allows administrators to determine how much bandwidth is allotted to each PC






3G/WAN failover - Router ini boleh menjamin sambungan ke internet tidak terganggu dengan membolehkan 2 sumber sambungan internet iaitu 3G dan WAN dikonfigurasikan ke dalam router. Jika salah satu sambungan internet terganggu, router secara automatik akan mengaktifkan sambungan kedua untuk meminimunkan kesan gangguan terputus sambungan internet dan memutuskan sambungan kedua apabila sambungan internet utama telah pulih.


Admininistrator juga boleh menentukan samada 3G atau WAN sebagai sambungan utama ke internet, jika ingin menggunakan fungsi "failover" atau konfigurasi sambungan tunggal (3G atau WAN). Khas untuk projek ini, konfigurasi sambungan tunggal 3G diaktifkan.







Bandwidth control - Fungsi ini dianggap menarik kerana, Administrator diberi kuasa untuk menetukan kadar maksimum "bandwidth" untuk setiap perkakasan yang menggunakan router tersebut.
Selain daripada menentukan bandwidth, router ini juga mempunyai fungsi jadual yang membolehkan Administrator mengawal penggunaan internet mengikut masa yang ditetapkan. Bagus diaktifkan untuk mengawal penggunaan internet anak-anak.

Secara amnya router ini amat mudah untuk dikonfigurasi kerana dokumentasi yang lengkap serta halaman "Web admin" yang mudah digunakan. Alhamdulillah setelah hampir seminggu menggunakannya memang cukup berpuas hati dengan prestasinya.


Cuma buat masa ini sambungan WiFi ke komputer Nurin Iman masih belum dapat dibuat kerana terlupa untuk membeli USB WiFi Adaptor. Insyallah hujung minggu nanti akan sekali lagi ke Digital Valley untuk membelinya dan seterusnya melengkapkan projek ini.



20 Mac 2010

Mac 20, 2010

Bermain Routing Statement..

Projek yang tertangguh sejak sebulan yang lalu berjaya diselesaikan. Kegagalan pada peringkat pertama ujian "conectivity" berpunca daripada kekurangan beberapa buah peralatan telah pun berjaya diatasi dengan kerjasama "vendor". Aku amat berpuas hati kerana kali ini ujian berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan kekeliruan memahami "Network Diagram".


19 Mac 2009

Mac 19, 2009

ZyXel Zywall 5 Sudah Sampai

Akhirnya setelah mengambil kira pelbagai faktor terutamanya harga, ZyXel Zywall 5 telah dipilih untuk menggantikan Cyberguard SG560. Terus buat "Purchase Order" dan hantar ke pembekal. Alhamdulillah selepas 3 hari menunggu, unit ini sampai hari Jumaat yang lepas.




Sebaik sahaja sampai, Aku terus membuka kotak dan melakukan konfigurasi! Memang tidak boleh menunggu lagi. Router ini perlu disiapkan dan disediakan secepat mungkin. Router DSL basic yang digunakan sementara ini tak dapat menampung aliran trafik dan "firewall rules" yang banyak. 

Walaupun harganya tak berapa mahal ini cuma model asas bagi kategori Internet Security Appliance, rekabentuk serta penampilan unit tersebut adalah sebaliknya. Dan yang paling menarik ialah unit ini boleh dipasang pada IT equipment rack! Memang nampak macam model "high end"!