Tips Hebat Untuk Memujuk Anak Makan

Sebaik sahaja pulang dari kerja semalam Azza memberitahu yang Nurin Amani tidak mahu makan sejak tengahari. Si Adik ini sebenarnya baharu sahaja pulih dari demam beberapa hari yang lepas tetapi sebaik sahaja pulih dia diserang batuk pula. 

Sehingga hari ini dia masih lagi beri makan ubat batuk. Mungkin disebabkan ubat tersebut dan rasa tidak selesa ditekak membuatkannya tidak mahu makan. 

Bila ada masalah seperti ini, hanya ada satu cara untuk memujuknya supaya makan. Terpaksalah guna taktik atau tips hebat untuk memujuk anak makan iaitu mengajaknya ke restoran makanan segera berhampiran kediaman.




Sampai di McDonalds secara automatik seleranya pun terbuka! Hmmmm.... Memang ternyata taktik serta tips ini amat berkesan untuk memujuk anak makan!  Tetapi yang pastinya, ianya tidak boleh digunakan selalu :)



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:




Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™