Tips Membeli Kenderaan Terpakai

Mendapat Tips Membeli Kenderaan Terpakai yang unik ini daripada seorang Pakcik semasa berada dibengkel kereta. Sementara menunggu kereta dibaiki, katanya..

"Jika hendak membeli kereta terpakai yang sudah agak berusia, perlu memastikan kereta tersebut mempunyai sistem audio yang bagus."

 Kemudian beliau menyambung lagi,

"Maklumlah kereta lama tentu ada bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan.. Jika sistem audionya bagus, tentu akan menengelamkan bunyi-bunyi tersebut."

Nampaknya Pakcik ini memang ada "Sense of Humor yang agak tinggi tetapi apa yang dikatakannya ada  juga benarnya. Memang boleh dijadikan tips membeli kenderaan terpakai.





Kalau mahu membeli kereta terpakai, sila pastikan kereta tersebut mempunyai sistem audio yang bagus atau selepas membelinya perkara pertama yang perlu dibuat ialah menaik taraf sistem audio agar bunyi-bunyi yang tidak dikehendaki dapat ditenggelamkan :) hehe..

---------------

Secara tersiratnya, sebenarnya apa yang boleh dijadikan panduan ialah jika sesebuah kereta itu mempunyai sistem audio yang bagus, berhati-hatilah. Mungkin sistem audio yang bagus itu tujuannya untuk menyembunyikan sesuatu atau mengalih tumpuan pembeli.

Jadi semasa memilih kenderaan terpakai jangan terpedaya dengan sistem audio yang bagus atau aksesori tambahan yang menarik.

Sebaliknya tumpukan sepenuh perhatian kepada kenderaan yang hendak dibeli. Periksa dengan teliti komponen penting seperti enjin, chasis, kestabilan kenderaan, transmisi dan dokumen-dokumen berkaitan. 

Sistem audio yang bagus atau aksesori tambahan yang menarik boleh dianggap sebagai BONUS jika kesemua perkara penting telah diperiksa.







Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |




Komen Melalui Facebook: