Cerita Tentang [
Realiti
]

Fahami Falsafah Apple

Memang tidak dinafikan kita sentiasa ingin cepat dan mendahului dalam segenap aspek kehidupan. Kalau boleh kita sentiasa ingin jadi yang terdahulu.  Tetapi adakah menjadi yang terdahulu adalah lebih baik daripada yang terkemudian? 

Mengambil inspirasi daripada sejarah serta falsafah syarikat Apple. Syarikat ini sebenarnya ketinggalan dalam 3 bidang utama yang dikuasai oleh mereka kini iaitu muzik, smartphone dan tablet. 

Dalam hal tersebut syarikat Apple adalah yang terlewat sekali memasuki pasaran untuk setiap segmen pasaran tetapi dengan strategi yang betul dan tepat akhirnya mereka menguasai kesemua segmen tersebut.

Begitu juga dalam kehidupan. Tidak kisahlah kalau kita terlewat dalam melakukan sesuatu asalkan akhirnya kita melakukannya dengan strategi yang betul. Percayalah menjadi yang terkemudian tidak semestinya akan ketinggalan. 

Menjadi yang terlewat tetapi melakukannya dengan betul tentunya lebih baik daripada menjadi yang terdahulu tetapi gagal.
 
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment