BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 Jun 2011

Mesej Perlu Jelas, Isu Keselamatan Tidak Boleh Dikompromi

Kegiatan menggodam halaman web masih belum reda.  Yang pastinya ia menjadi kebimbangan kepada pemilik serta pentadbir halaman web.  

Walaupun kebanyakkan halaman web sudah kembali normal, masih wujud kebimbangan akan ada gelombang serangan kali kedua atau mungkin ketiga dan seterusnya.  

Memang di dunia dalam talian tiada jaminan keselamatan.  Apabila pemilik dan pentadbir sesuatu sistem tidak peka dan tidak mengambil berat perkara yang berkaitan dengan keselamatan, tentunya ia akan membuka ruang untuk sesuatu halaman web, pelayan komputer dan sistem itu diekspolitasi. 

Bagi halaman web biasa yang diserang tentunya ia cuma mendatangkan kerosakkan serta kerugian yang minimum tetapi apabila ia melibatkan halaman web, pelayan komputer serta sistem yang menyediakan perkhidmatan pembayaran serta perniagaan dalam talian tentunya ia akan melibatkan kerugian yang besar.

Bagi menjamin serta meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan dalam talian di negara ini, pihak kerajaan menerusi agensi di bawah MOSTI seperti CyberSecurity, MyCERT dan pihak Polis agar mengenalpasti secepat mungkin pihak yang bertanggung jawab serta melakukan pendakwaan untuk menghantar mesej bahawa isu pencerobohan terhadap sesuatu sistem komputer adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh dikompromi. 

Gunakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan yang  telah sedia ada bagi mendakwa pihak yang bertangggung jawab. Mereka ini perlu tahu dan sedar bahawa di negara ini terdapat perundangan yang membolehkan mereka didakwa atas tuduhan jenayah berkaitan komputer.

Sehingga kini masih lagi tertunggu-tunggu siapakah bakal dinobatkan sebagai Cracker pertama yang bakal ditangkap dan didakwa di Malaysia atas tuduhan melakukan jenayah berkaitan komputer!  

Cacker Malaysia yang pertama ditahan di luar negara ialah Lin Mun Poo. Beliau ditahan di Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2010 atas tuduhan menceroboh sistem dibeberapa buah bank termasuklah Federal Reserve Bank serta Pentagon.

Dalam pada itu pula teringat  pula kisah Kevin Mitnick. Antara kisah klasik popular mengenai cracker yang telah berjaya ditumpaskan. Pihak berkuasa Amerika Syarikat, FBI mengambil masa selama dua tahun sentengah sebelum dapat menahannya atas tuduhan melakukan jenayah berkaitan komputer.  Kisah tersebut telah pun difilemkan dan diberi judul  "Track Down" terbitan tahun 2004 lakonan  Skeet Ulrich dan Rusell Wong. 

Patutlah ramai yang mahu jadi cracker. Rupa-rupanya ada peluang kisah hidup dibuku serta difilemkan. Bila sudah bersara dari kegiatan jahat serta menerima hukuman yang sewajarnya, akhirnya menubuhkan syarikat perunding keselamatan sistem. Ironi sungguh!

Agak-agak ada tak penerbit filem di Malaysia ini yang berminat untuk membuat cerita berkaitan hacker, cracker dan komputer?









Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan