Kadang-kadang ada soalan yang susah hendak dijawab walaupun kedengaran sangat mudah terutamanya apabila ianya ditanya oleh anak-anak. Kanak-kanak seusia Nurin Iman tentunya punya banyak soalan serta perkara yang mereka ingin ketahui.
Baru sebentar tadi kami ditanya oleh Nurin Iman berkenaan hari lahirnya. Katanya dia keliru dengan hari lahirnya. Katanya lagi, tahun lepas hari jadinya jatuh pada hari Ahad tetapi tahun ini ia jatuh pada hari Isnin.
Persoalan tersebut menganggunya sejak beberapa jam yang lepas. Mungkin pada pemikirannya sepatutnya hari dan haribulan adalah statik dan tidak perlu berubah.
Walaupun soalannya mudah, ternyata ia agak sukar juga untuk kami menerangkan padanya. Bila kami katakan padanya untuk mengetahui hari kita perlukan tarikh dan kemudiannya perlu merujuk kepada kalender, jadi lebih peninglah kepalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan