BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Julai 2011

Aktiviti Hujung Minggu #1

Bila melihat kembali jadual menderma darah yang dikeluarkan oleh Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tempohari, baru terperasan pada hujung minggu itu ada kempen menderma darah yang dijalankan berdekatan dengan kediaman.  

Memandangkan tiada aktiviti lain yang hendak dilakukan dihujung minggu, terus mengambil keputusan untuk pergi menderma darah.




Cuma kali ini agak kecewa sedikit kerana darah tidak dapat keluar secukupnya kerana semasa petugas melakukan venepuncture berkemungkinan ia tidak mengenai tepat ke salur vena. Jadi apabila beg darah menghampiri kapasiti 380ml, darah telah berhenti mengalir sepenuhnya.  

Apa pun inilah yang mampu disumbangkan kali ini.  Insyallah jika masa dan kesihatan mengizinkan tentunya akan menderma lagi.






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan