Bila melihat kembali jadual menderma darah yang dikeluarkan oleh Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tempohari, baru terperasan pada hujung minggu itu ada kempen menderma darah yang dijalankan berdekatan dengan kediaman.
Memandangkan tiada aktiviti lain yang hendak dilakukan dihujung minggu, terus mengambil keputusan untuk pergi menderma darah.
Cuma kali ini agak kecewa sedikit kerana darah tidak dapat keluar secukupnya kerana semasa petugas melakukan venepuncture berkemungkinan ia tidak mengenai tepat ke salur vena. Jadi apabila beg darah menghampiri kapasiti 380ml, darah telah berhenti mengalir sepenuhnya.
Apa pun inilah yang mampu disumbangkan kali ini. Insyallah jika masa dan kesihatan mengizinkan tentunya akan menderma lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan