BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 Julai 2011

Ikan Pelik

Kebetulan, berdekatan dengan pejabat yang dituju ada sebuah kedai ikan perhiasan. Memang sudah lama tidak singgah ke kedai itu. Dahulu semasa Nurin Iman masih kecil selalu juga singgah ke kedai ini untuk melihat ikan perhiasan. Sebelum melangkah pergi tiba-tiba terperasan sebuah akuarium yang dipenuhi ikan pelik yang ada nombor dibadannya! 


Pada mulanya seperti mata ini tersalah lihat. Kemudian ambil sedikit masa untuk melihatnya betul-betul.  Memang sah semua ikan-ikan ini ada nombor dibadannya dan terus mengambil gambar! Memang ini ikan pelik.




Macam-macamlah sekarang ini, badan ikan pun bernombor!  Kalau membelanya dan diletakkan di akuarium di rumah tentunya akan menarik minat sesiapa yang melihatnya.  Apa yang pasti, ikan-ikan ini adalah dari jenis yang telah diubah dari segi genetik. Sama seperti "Flower Horn" dan klon-klonnya.

Bagi yang tidak mengetahuinya, keadaan akan menjadi lebih parah lagi kerana berkemungkinan ia dianggap sebagai ikan ajaib!

Cuma berharap ikan-ikan sedemikian tidak dianggap pelik serta ajaib dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.









Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan