Kawan Tu Kata Harry Potter Tiru Cerita Melayu

Keliru sekejap apabila  Kawan Tu  Kata Harry Potter Tiru Cerita Melayu. Eh biar betul!  Katanya lagi, filem Melayu itu diterbitkan pada tahun 1991.  Ini bermaksud filem tersebut telah pun ada di sini 10 tahun lebih awal daripada  Harry Potter siri yang pertama.  

Untuk makluman, filem Harry Potter yang terbaharu ialah  The Deathly Hallow - Part 2  dan  merupakan siri terakhir daripada 7 siri kesemuanya. Bakal ditayangkan pada 14 Julai 2011.

Siapa kata filem Melayu tidak hebat?  Buktinya pembikinan filem tersebut yang menggunakan tajuk yang hampir sama itu sudah dikira mendahului  idea J.K Rowling.  

Mungkin jika difantasikan jalan cerita tersebut  ke tahap maksimum serta penggunaan teknik GCI sepenuhnya tentunya ia setanding dengan produksi Hollywood!

Sebenarnya filem yang dimaksudkan oleh kawan tadi tu ialah filem yang bertajuk Harry Boy terbitan J.D. Production yang diarahkan oleh A. R. Badul. Antara pelakon yang mebintangi filem tersebut ialah Badrul Muhayat dan Sofia Jane

Memang tiada persamaan langsung dari segi penceritaan melainkan penggunaan nama Harry sebagai tajuk filem tersebut.

Apa yang memusykilkan ketika satu produksi Bollywood mengeluarkan filem yang bertajuk Harry Puttar, pihak Warner Bros sedaya upaya menyaman pengeluar filem tersebut atas dasar terdapat persamaan terhadap tajuk dengan filem Harry Potter.

Sepatutnya pihak penerbit filem Harry Boy di Malaysia sudah lama menyaman Warner Bros atas alasan yang sama. :D


Imej, kredit - Sinema Malaysia.




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™