BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

11 Julai 2011

Kelemahan Produk Bertukar Menjadi Peluang Perniagaan Bagi Yang Lain

Setelah beberapa lama menggunakannya, akhirnya motor bagi tingkap kuasa disebelah penumpang, kereta keluarga kami diistiharkan rosak.  Inilah pertama kali motor bagi tingkap kuasa disebelah penumpang rosak selepas 11 tahun digunakan. Motor untuk tingkap kuasa disebelah pemandu telah lama gagal berfungsi beberapa tahun yang lepas dan telah pun digantikan. Alhamdulillah sejak digantikan, masalah berkaitan dengan tingkap kuasa telah pun diselesaikan. Mungkin inilah yang dikatakan" Kelemahan Produk Bertukar Menjadi Peluang Perniagaan Bagi Yang Lain ".

Apa pun menggunakan kenderaan yang tingkap kuasanya terkenal dengan kegagalan befungsi dengan baik, hal sebegini adalah tidak mengejutkan. Sehinggakan boleh dianggap sebagai bonus kerana ia mampu bertahan sekian lama.



Kelemahan Produk Bertukar Menjadi Peluang Perniagaan



Singgah di bengkel yang berhampiran dengan kediaman untuk mengesahkan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi. Memang sudah dijangka pemilik bengkel tersebut tidak terkejut dengan masalah itu kerana ia sudah menjadi lumrah buat model kenderaan ini. 

Selesai memeriksa, beliau mengesahkan komponen tersebut memang sudah rosak dan harus diganti.


Proton Satria / Wira - Power Window Motor Assembly


Tanpa berlengah, kerja-kerja mengeluarkan komponen tersebut terus dilakukan. Sambil itu kami berbual-bual mengenai masalah itu secara amnya. Menurut  mekanik tersebut, beliau sudah menjumpai serta menyelesaikan banyak masalah yang serupa sejak membuka bengkel tersebut. Dan yang pastinya beliau sudah pun membuat untung yang cukup banyak akibat daripada produk yang dikeluarkan dengan tidak sempurna.

Bila difikirkan semula, memang benarlah ada juga kebaikan yang dicipta apabila sesuatu produk atau keluaran itu tidak sempurna. Kesan positif yang dicipta daripada ketidaksempurnaan itu sebenarnya mewujudkan peluang bagi pihak yang lain untuk mencari rezeki.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan