BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

14 Oktober 2011

Bajet 2012 - Pendaftaran Haji Menggunakan KWSP Akaun 2

Langkah kerajaan mencadangkan ahli KWSP yang beragama Islam menghadang sejumlah wang daripada Akaun 2 untuk pendaftaran Haji disambut baik.  

Sebelum ini memang tiada skim yang seumpamanya yang benar-benar membantu pekerja di sektor swasta secara keseluruhannya untuk menunaikan Haji.

Akibat daripada kenaikan kos sara hidup, golongan yang berpendapatan rendah mengalami kesukaran untuk menabung bagi tujuan tersebut. Bagi tujuan pendaftaran Haji, ahli KWSP boleh memohon untuk menghadang RM1,300 dalam Akaun 2 iaitu amaun minimum untuk pendaftaran Haji untuk membolehkan ahli mendaftar awal. 

"Ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap simpanan persaraan ahli kerana amaun RM1,300 itu akan kekal di dalam Akaun 2 sehingga mereka layak mengeluarkannya pada usia 55 tahun"


Dengan adanya skim ini, Ahli sudah boleh merancang untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima sebaik sahaja bersara. Peluang ini patut diambil oleh semua umat Islam kerana berpeluang mengerjakan Haji ketika badan masih sihat dan bertenanga.

Sekarang tiada alasan untuk tidak mempersiapkan diri untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima...





Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan