Sebenarnya sudah lama hendak menulis berkenaan perkara ini.
Walaupun nampak agak remeh, ia tetap sukar terutama apabila ingin menerangkan mengenainya.
Maklumlah, di rumah secra tidak langsung akan menjadi "Guru Bahasa Malaysia" tidak rasmi kepada anak-anak.
Isu yang dibangkitkan ialah mengenai "Kata Nama Khas" yang agak mengelirukan.
Seperti yang diketahui secara umum, mengikut hukum tatabahasa yang betul. Kata nama khas adalah merujuk kepada :
Walaupun nampak agak remeh, ia tetap sukar terutama apabila ingin menerangkan mengenainya.
Maklumlah, di rumah secra tidak langsung akan menjadi "Guru Bahasa Malaysia" tidak rasmi kepada anak-anak.
Isu yang dibangkitkan ialah mengenai "Kata Nama Khas" yang agak mengelirukan.
Seperti yang diketahui secara umum, mengikut hukum tatabahasa yang betul. Kata nama khas adalah merujuk kepada :
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
---------Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
- benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
- orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
- binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
- tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Apabila ia merujuk kepada negara, rasanya hukum tatabahasa mengenai "Kata Nama Khas" tidak boleh digunakan kerana sudah menjadi kebiasaan kita menukarnya mengikut bahasa kita. Sebagai contoh United States of America, kita tentu akan menukarnya kepada Amerika Syarikat!
Bila kita menukarnya secara tidak langsung kita sendiri telah melanggar tatabahasa yang kita sendiri telah tetapkan! Sepatutnya, "Kata Nama Khas" tidak boleh ditukar!
Berikut adalah hujah mengapa kita menukar nama sesebuah negara:
Nama tempat
Nama-nama tempat atau geografi adalah kata nama yang sering kita gunakan untuk merujuk kepada sesuatu tempat atau ciri-ciri geografi. Perkara ini seringkali menimbulkan perbalahan kerana tempat yang sama kadang-kadang dipanggil dengan nama yang berlainan oleh orang yang berbeza-beza yang bertutur bahasa yang tidak sama.
Oleh kerana ini ialah ensiklopedia bahasa Melayu, penggunaan nama-nama dan ciri-ciri geografi yang penting (seperti negara, negeri, benua, lautan, laut, bandar utama, sungai utama, tasik dll.) haruslah menggunakan ejaan dan tulisan di dalam bahasa Melayu. Setiap nama-nama tempat haruslah disusuli dengan nama tempat itu di dalam bahasa asalnya. Sebagai contoh:
- Cologne (bahasa Jerman Köln) ialah …
- Gunung Fuji (bahasa Jepun Fuji-san) ialah …
Kebanyakan nama tempat memiliki konteks bersejarah yang harus dipelihara, tetapi pemikiran logik haruslah ditekankan. Mungkin wujud beberapa tempat yang tidak menjadi sebahagian daripada satu-satu budaya atau hanya memiliki satu nama. Rencana berkenaan orang-orang Rom harus menceritakan penaklukan mereka ke atas Gaul dan bukanlah Perancis dan Lee Kuan Yew pernah menjadi Perdana Menteri Singapura, bukannya Temasik.
Untuk menjadi lebih jelas lagi, kadangkala haruslah disebut nama terkini kawasan tersebut (sebagai contoh "kawasan yang kini dikenali sebagai Perancis"), terutamanya jika tidak wujud nama di dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada tempat tersebut dalam era sejarah yang berkaitan.
Semakin kecil sifat-sifat persekitaran dikaji, kemungkinan wujudnya nama-nama yang sama di dalam bahasa Melayu adalah semakin kecil. Oleh itu, sebagaimana dengan nama persendirian, nama-nama tersebut diterjemah supaya lebih mudah difahami oleh penutur-penutur bahasa Melayu yang lainnya. Namun, amalan ini semakin kehilangan pengaruh kepada pengekalan ejaan-ejaan tempatan sekerap yang mungkin.-------
Sepatutnya apabila merujuk kepada "Kata Nama Khas" kita perlu menghormati dan tidak boleh menukar sewenang-wenangnya nama rasmi negara tersebut.
Untuk lebih tepat, sepatutnya kita boleh menggunakan nama rasmi negara seperti yang didaftarkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation). Jadi tidak akan timbul kekeliruan kerana kita akan merujuk pada nama yang betul seperti yang dikehendaki oleh negara yang terlibat.
Kredit, gambar UN, Jennings Social Media
Tiada ulasan:
Catat Ulasan