BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

28 September 2012

September 28, 2012

Harapan Dan Impian Bajet 2013

Sempena Bajet 2013 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012 jam 4:00 petang.

Sebagai rakyat di negara yang bertuah ini, saya tentunya mengharapkan akan adanya sesuatu yang istimewa bakal diumumkan.



 Toyota Prius 2012



Saya sebenarnya lebih teruja jika kerajaan melaksanakan program melupuskan kenderaan berusia lebih 15 tahun. Rakyat yang memilih menyertai program ini bakal mendapat insentif atau geran untuk membeli kenderaan hybrid atau elektrik pada harga istimewa. 

Namun begitu langkah ini harus dikawal dan hanya dibolehkan sekali sahaja dalam tempoh masa tertentu i.e 10 tahun atau tempoh yang difikirkan munasabah oleh kerajaan. Tentunya kita juga tidak mahu sistem ini dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Saya berpendapat ini adalah langkah yang baik bagi menggalakan penggunaan kenderaan yang lebih mesra alam dan menggunakan bahan api dengan lebih efisien. Seterusnya membantu mengurangkan kesan pencemaran didalam negara.

Selain daripada itu melalui program ini, satu industri baharu berkaitan kitar semula berskala besar boleh dimulakan dan seterusnya bakal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat. 

Industri pembuatan kenderaan juga bakal mendapat manfaat secara langsung jika program melupuskan kenderaan dapat dilaksanakan.



10 Ogos 2012

Ogos 10, 2012

Iklan BERNAS Sempena Hari Raya 2012


Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

01 Mac 2012

Mac 01, 2012

Surat Dr M Kepada Perdana Menteri Israel

Surat Dr M Kepada Perdana Menteri Israel
KUALA LUMPUR, Rabu 29 Feb (Bernama) - Kerajaan menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata surat berkenaan ialah;

  • Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993

  • Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan

  • Surat daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999

-------------  

31 Disember 2011

Disember 31, 2011

Selamat Menyambut Kedatangan 2012


Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya. Pelbagai peristiwa suka duka telah berlaku kepada diri, keluarga dan persekitaran ekonomi.  Alhamdulillah, semuanya berjaya diharungi dengan tabah dan positif

Secara peribadinya Saya menganggap krisis ekonomi Eropah dan Amerika Syarikat masih lagi menjadi kerisauan semua pihak. Jika negara-negara yang berkaitan tidak pulih dalam jangka masa terdekat, berkemungkinan kesan negatifnya akan mulai dirasai di negara ini pada tahun 2012.

Selain daripada itu antara kerisauan lain ialah tanda tanya sama ada pihak Bank Negara Malaysia mampu mengekalkan kadar pinjaman asas (Base Lending Rate/Base Finance Rate) pada kadar sekarang serta mengekang inflasi. Jika tidak ditangani dengan berhemah dan bijaksana, ianya tentu menyebabkan kualiti hidup rakyat akan terjejas.

Namun begitu disebalik segala kerisauan itu, kehidupan perlu diteruskan dengan strategi yang sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Saya melihat keperluan terhadap penyediaan dana kecemasan (simpanan) dan perlindungan insurans sebagai satu kemestian.


22 Disember 2011

Disember 22, 2011

Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu

Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu
Keunikan Malaysia
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. 

Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ciri-ciri Am

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional. 

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Spesifikasi Teknikal
Denominasi Substrat Ukuran Warna
RM100 Kertas 150mm X 69mm Ungu
RM50 Kertas 145mm X 69mm Hijau-biru
RM20 Kertas 145mm X 65mm Jingga
RM10 Kertas 140mm X 65mm Merah
RM5 Polimer 135mm X 65mm Hijau
RM1 Polimer 120mm X 65mm Biru



Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu - RM100

Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi


Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. 

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. 

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.


Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu - RM50

Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi


Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. 

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.



Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu - RM20


Wang kertas RM20
Hidupan Laut


Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya. 

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.


24 Oktober 2011

Oktober 24, 2011

Iklan Petronas - Deepavali 2011



Perjalanan hidup menuju kebahagiaan bermula dari hati sanubari kita. Ia lahir dari keazaman dan kesungguhan untuk berjaya.Penuh keikhlasan dan dedikasi dalam mengharungi cabaran mendatang.

Iklan ini menyemai semangat dan kesungguhan yang kita curahkan buat yang tersayang. Serta keazaman diri yang mendorong usaha ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

Selamat Hari Deepavali.


14 Oktober 2011

Oktober 14, 2011

Bajet 2012 - Pendaftaran Haji Menggunakan KWSP Akaun 2

Langkah kerajaan mencadangkan ahli KWSP yang beragama Islam menghadang sejumlah wang daripada Akaun 2 untuk pendaftaran Haji disambut baik.  

Sebelum ini memang tiada skim yang seumpamanya yang benar-benar membantu pekerja di sektor swasta secara keseluruhannya untuk menunaikan Haji.

Akibat daripada kenaikan kos sara hidup, golongan yang berpendapatan rendah mengalami kesukaran untuk menabung bagi tujuan tersebut. Bagi tujuan pendaftaran Haji, ahli KWSP boleh memohon untuk menghadang RM1,300 dalam Akaun 2 iaitu amaun minimum untuk pendaftaran Haji untuk membolehkan ahli mendaftar awal. 

"Ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap simpanan persaraan ahli kerana amaun RM1,300 itu akan kekal di dalam Akaun 2 sehingga mereka layak mengeluarkannya pada usia 55 tahun"

15 September 2011

September 15, 2011

Perutusan Khas Hari Malaysia Oleh Yab. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Sempena Sambutan Hari Malaysia 2011

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mampan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, 

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

22 Ogos 2011

Ogos 22, 2011

Melatah Mampu Menyelamatkan Nyawa!

Terkejut membaca cerita ini di portal berita The Star Online. Nampaknya melatah mampu menyelamatkan nyawa! Kehebatan melatah makcik itu menyebabkan buaya yang menyerang suaminya lari! Memang hebat!

-------------------------------

A man was saved from being attacked by a crocodile when it was scared off by his wife who started swearing in shock due to her latah condition.

Wan Sahari Wan Ateng, 47, and his wife Saliah Jini, 47, were picking prawns out of their net on a raft at Sungai Paruh, Kuching, when a 6.5m-long crocodile grabbed his arm. Wan Sahari said the sudden attack shocked his wife who then started to swear loudly as she would normally do due to the latah condition.

He said his wife's repeated swearing scared off the animal. “I am very grateful to my wife's condition. Her condition helped save me from certain death,” he said.

03 November 2010

November 03, 2010

Iklan Petronas - Deepavali 2010

Antara iklan TV yang ditunggu-tunggu semasa musim perayaan tentunya daripada Petronas. Iklan ini dihasilkan sempena perayaan Deepavali 2010.  Berpeluang untuk menyaksikan Iklan ini pagi tadi di rumah sebelum ke tempat kerja.



Hayati mesej yang hendak disampaikan menerusi iklan ini. Memang tersentuh melihat ikatan kekeluargaan, kasih sayang  antara cucu dan neneknya.


02 September 2009

September 02, 2009

15 Malaysia

Sejak bulan lepas laman web 15malaysia.com menjadi tumpuan. 15malaysia merupakan satu projek yang amat unik mengenai Malaysia dari perspektif yang sedikit berbeza daripada aliran arus perdana. Kalau ada masa terluang, Aku akan tonton satu persatu filem-filem pendek yang disiarkan.

Ada buah tangan istimewa dari Allayarham Yasmin Ahmad di 15malaysia bertajuk "Chocolate"!









APA ITU 15MALAYSIA?

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek tentang Malaysia yang diarahkan oleh direktor-direktor filem termuda di Malaysia. Masa julat setiap filem adalah kira-kira 5 hingga 7 minit. - 15malaysia.com