Cerita Tentang [
Blog
]

Google Search Box - Perlu Ada Pada Setiap Blog!

Bila mood untuk menulis belum sampai lagi, biasanya Saya akan memeriksa semula susun atur serta memperkemaskan blog.  Tentu ada sahaja yang ingin ditambah dan dibuang mengikut kesesuaian masa.

Hari ini Saya bercadang untuk mengintegrasikan "Google Search Box" dan menu utama dalam baris yang sama. Memang sudah lama merancang untuk melakukannya tetapi disebabkan kesuntukkan masa terpaksa diabaikan buat sementara.

Kalau usaha ini berjaya dilakukan, blog akan kelihatan lebih kemas serta hasilnya tentu dapat mengoptimumkan penggunaan ruang.  Selain daripada itu, ia juga membantu mempermudahkan navigasi pada blog.


Dengan bantuan dan tutorial daripada Blogger Sentral, kerja-kerja mengintegrasi dapat dilakukan dengan mudah. Biasalah kalau di platform blogger, semuanya perlu dilakukan dengan cara manual. Apa pun,  melakukan perkara sebegini tentunya melatih diri agar  lebih sabar dan teliti kerana sedikit kesilapan boleh menyebabkan blog gagal berfungsi dengan sempurna.




Setelah memeriksa dan mengujinya beberapa kali, misi ini boleh dikatakan telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah!  Takut juga kalau-kalau ianya tidak menjadi tadi. Sekarang "Google Search Box" telah  diintegrasikan dengan menu utama :D



Kredit, Gambar Blogger Sentral










Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner
Tags:
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment