Sebenarnya selama ini kita sudah terlalu dimanjakan oleh Microsoft! Bila sudah terlalu selesa, memang susah untuk mencuba sesuatu yang berbeza, misalnya sistem pengoperasian Linux.
Sejak semalam, Saya mencuba distro Linux yang dikenali sebagai Puppy Linux. Setelah menggunakan dan mengujinya, ternyata distro ini sesuai untuk digunakan pada PC atau Notebook lama. Menggunakan PC berspesifikasi Pentium 4 2.8Ghz dan 1GB RAM benar-benar membuat mesin ini terbang!
Boleh dikatakan distro ini memang direka untuk kepantasan dan menyokong perkakasan lama! Sesuatu yang tentunya tidak dapat di tawarkan oleh sistem pengoperasian Windows apabila melibatkan perkakasan lama yang telah dikemaskinikan "Service Pack" ketahap maksimum!
Kemudian untuk lebih pasti, Saya memasang distro ini pada sebuah notebook lama iaiatu model Fujitsu Lifebook P5010 yang hanya mempunyai 256MB RAM dan unit pemprosesan pusat jenis Centrino berkelajuan 900Mhz. Keputusannya tetap meyakinkan! Kelajuannya setara distro Debris Linux 2.0 yang telah digunakan sebelum ini.
Kerja-kerja pemasangan sistem pengoperasian ini amat mudah dilakukan kerana ia boleh dimulakan dengan cara Live CD. Bila sudah selesa dengannya ia boleh siap dipasang sepenuhnya dalam masa tak sampai 5 minit!
Jika masih menyimpan PC atau Notebook lama yang masih boleh digunakan, bolehlah mencuba distro ini. Daripada dibiarkan perkakasan tersebut tidak digunakan adalah baik untuk sesekali lari dari kebiasaan dan mulakan ia sebagai Projek Hujung Minggu!
Setelah siap, ia boleh digunakan untuk melayari internet, tidak perlukan sebarang perisian anti virus serta yang paling penting ia adalah percuma! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan