BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Januari 2012

Sebentar Di Kota Tinggi

Bila bermula sahaja cuti panjang, perkara pertama yang telah dirancang tentunya balik ke kampung! 

Namun begitu selain daripada rancangan balik ke kampung, ada beberapa jemputan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri. Hari ini kami ke Bandar Kota Tinggi untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Jemputan dari  seorang rakan lama.




Memang sudah agak lama tidak ke Bandar Kota Tinggi. Kalau diikutkan sudah lebih 10 tahun Saya tidak ke sana. Jadi gambaran yang ada dalam pemikiran Saya tentunya tidak sama dengan gambaran sebenar.

Banyak perubahan yang telah berlaku di Bandar Kota Tinggi terutamanya kewujudan taman-taman baharu serta Stesen Bas Terminal Kota Tinggi yang telah beroperasi sebelum sampai ke Jambatan Kota. Disebabkan sudah banyak yang berubah, Saya beberapa kali telah tersilap jalan walaupun peta lokasi untuk ke majlis perkahwinan tersebut ada disertakan.

Bila sudah beberapa kali tersilap memasuki simpang, akhirnya ingatan sedikit demi sedikit telah kembali. Bermula dengan memilih jalan yang betul dan dengan bantuan peta lokasi yang diberikan, Alhamdulillah akhirnya kami berjaya mencari lokasi majlis.  

Memang sukar untuk mengembalikan ingatan tetapi bila sudah cukup dicabar dan dirangsang, semuanya sudah berjaya dipulihkan. Sesekali mencari arah tanpa bantuan GPS boleh jadi perkara yang menyeronokan.


Kredit, Imej - Virtual Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan