Cerita Tentang [
Cuti
]

Bila Cuti Panjang, Penulis Blog Perlu...

Satu lagi masalah biasa yang berlaku apabila cuti panjang ialah mengekalkan momentum pengunjung blog. Pada waktu sebeginilah jumlah kunjungan (traffic) mengalami penurunan yang paling drastik. Kesan secara langsungnya tentulah terhadap "Alexa ranking". Merudum teruk!



Mengapa Jumlah Pengunjung Kurang?

Salah satu sebabnya ialah kebanyakkan pengguna internet melayari internet dari tempat kerja kerana tidak semua daripada mereka mempunyai sambungan internet di rumah. Jadi apabila ada cuti umum yang agak panjang kesannya adalah penurunan secara drastiknya jumlah pengunjung ke blog!

Selain daripada itu, faktor lain yang boleh dikaitkan dengan penurunan jumlah pengunjung ke blog ialah aktiviti cuti itu sendiri. Cuti dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Melakukan aktiviti berkualiti bersama ahli keluarga tentunya dapat membuatkan seseorang itu lupa sebentar pada dunia maya.


Kebaikannya Bagi Penulis Blog?

Memandangkan jumlah pengunjung blog berkurangan, adalah lebih baik bagi penulis blog untuk bercuti daripada menulis pada waktu sebegini.  

Lagipun mereka (penulis blog) juga manusia biasa, punyai keluarga serta kehendak lain. Perlu memanfaatkan cuti sepenuhnya untuk mencari idea baharu serta melakukan aktiviti bermanfaat bersama keluarga.  

Buat blogger, lupakan dunia maya sebentar. Tiada ruginya menghayati dunia sebenar. Nikmati cuti umum yang agak panjang ini sepuas-puasnya. :D






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment