Jalan-Jalan
April 01, 2014
3D2N - Avani Sepang Goldcoast Resort
| Avani Sepang Goldcoast Resort |
Maklumlah, perkara tersebut bukan menjadi kebiasaan dalam keluarga kami sejak kehilangan emak tersayang pada tahun 2002.
Gema Semakin Serius
Namun begitu apabila gemanya semakin kuat dan menjadi serius, saya faham bahawa ia adalah idea yang patut diteruskan! Kredit seharusnya diberikan kepada adik ipar kami dan keluarganya yang bersusah payah menjadikannya sebagai satu realiti. Tiada ungkapan yang sesuai melainkan ucapan terima kasih tidak terhingga.
Satu pengalaman menarik apabila perkara yang dirancang [Link] menjadi kenyataan. Cabaran untuk mengumpulkan beberapa buah keluarga dari 3 negeri berlainan bukanlah satu perkara yang mudah. Mujur ada Facebook yang membantu memudahkan komunikasi dan koloborasi antara ahli keluarga.
Cuti Sekolah
Sebaik sahaja cuti sekolah bermula pada awal bulan Mac yang lalu, kami sepakat menuju ke destinasi yang ditetapkan iaitu Avani Sepang Goldcoast Resort.
Agak keliru juga pada mulanya bagaimana untuk menuju ke tempat tersebut dari arah selatan tanah air. Bila mendapat tahu bahawa tempat tersebut sebenarnya terletak di Pantai Bagan Lalang, baharulah ada ilham untuk memilih laluan yang bersesuaian. Keluar dari Plaza Tol Seremban dan menggunakan jalan lama ke Pekan Sepang melalui Kampung LBJ dan Bandar Enstek.
Dari Selatan
Agak keliru juga pada mulanya bagaimana untuk menuju ke tempat tersebut dari arah selatan tanah air. Bila mendapat tahu bahawa tempat tersebut sebenarnya terletak di Pantai Bagan Lalang, baharulah ada ilham untuk memilih laluan yang bersesuaian. Keluar dari Plaza Tol Seremban dan menggunakan jalan lama ke Pekan Sepang melalui Kampung LBJ dan Bandar Enstek.
Avani Sepang Goldcoast Resort
Pertama kali menjejakkan kaki ke Avani Sepang Goldcoast Resort memang pengalaman yang sukar dilupakan. Pemandangannya cukup indah yang mendamaikan.
| Avani Sepang Goldcoast Resort - Unik |
Sangat sesuai untuk mereka yang ingin lari dari hiruk piruk kehidupan kota.
| Avani Sepang Goldcoast Resort - Resort di gigi air! |
Unik
Resort yang diilhamkan berdasarkan pohon kelapa ini benar-benar terletak diatas air perairan Selat Melaka! Memang cukup unik dan cantik. Menambahkan lagi keunikan di sini ialah basikal. Terdapat banyak basikal yang disediakan bagi kegunaan pengunjung.
| Avani Sepang Goldcoast Resort - Basikal ialah pengangkutan utama! |
Hari Keluarga
Kami memanfaatkan sepenuhnya percutian ini untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama ahli keluarga yang lain.
| Avani Sepang Goldcoast Resort - Malam pertama dimulakan dengan BBQ! |
Dimulakan dengan aktiviti BBQ pada malam pertama manakala pada hari kedua aktiviti sukaneka diadakan.
| Sukaneka pun ada! |
Mencapai Matlamat
Alhamdulillah, percutian kali ini telah mencapai matlamatnya. Perkara yang paling penting apabila melakukan aktiviti sebegini ialah ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Tiada apa yang lebih istimewa selain melihat wajah-wajah kegembiraan yang terpancar semasa melakukan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Kalau ada rezeki, perkara sebegini perlu dilakukan setiap tahun untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli keluarga.














