BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 Februari 2012

Jentera Formula 1 (F1) Red Bull RB8 Dilancarkan Secara Online


Red Bull RB8 - Bahagian Hadapan
Red Bull RB8


Kereta Formula 1 (F1) untuk pasukan Red Bull Racing yang telah direka oleh Adrian Newey telah dilancarkan secara online semalam.

Red Bull Racing menjadi pasukan kedua selepas Pasukan Ferrari yang melancarkan kereta untuk perlumbaan Formula 1 (F1) secara online berikutan cuaca yang tidak mengizinkan di sekitar Benua Eropah sekarang ini.

Menurut Adrian Newey, kereta ini telah mengalami evolusi kali ke 4 untuk tahun ini berikutan langkah FIA menghalang penggunaan teknologi ekzos (exhaust-blown diffuser) yang dipelopori oleh pasukan ini sejak beberapa tahun yang lepas. 

Red Bull RB8 - Bahagian Sisi
Red Bull RB8



 Malah kereta yang digunakan pada musim yang lepas RB7 itu sendiri telah direka berdasarkan teknologi ekzos tersebut. Jadi sudah pastinya tahun ini, adalah tahun yang sangat mencabar bagi pasukan Red Bull Racing untuk mempertahankan kejuaraan.


Apa pun keupayaan kereta ini akan teruji sebaik sahaja ia diuji di litar sebenar. Berkemungkinan besar akan terdapat perubahan terhadap jentera sebaik sahaja perlumbaan pertama bermula nanti di Albert Park, Australia.

Dengan pengharaman teknologi ekzos (exhaust-blown diffuser) yang dimiliki dan dipelopori oleh Red Bull Racing tentuya akan menjadikan semua pasukan yang bertanding berada pada kedudukan yang sama dari segi teknologi. Bagus buat perlumbaan agar lebih banyak persaingan antara pasukan serta untuk menghakis dominasi pasukan tertentu..

Sumber, ESPN F1


Tiada ulasan:

Catat Ulasan