BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

23 Februari 2012

UniFi Sudah Sampai Ke Johor Bahru

Semalam hampir separuh hari Saya tiada di pejabat. Ada jemputan daripada TM sempena sesi pengenalan produk TM serta perkhidmatan UniFi yang diadakan di Wisma TM Taman Sentosa.



Taklimat dan pengenalan produk bermula sekitar jam 10:00 pagi itu dimulakan dengan sedikit jamun ringkas. Melalui sesi ini TM memperkenalkan semua pakej berkaitan UniFi untuk sektor kerajaan terutamanya sekolah dan swasta. Rasanya tiada maklumat baharu yang ditambah sejak pelancarannya tahun lepas.

Apa pun selesai sahaja sesi penerangan, peserta diberi peluang untuk merasai sendiri perkhidmatan IPTV yang disertakan dengan UniFi untuk pakej pengguna. Boleh tahan juga kualiti gambarnya. Cuma untuk saluran premium pengguna perlu melanggan untuk menonton.

Secara peribadinya UniFi lebih sesuai dimaksimumkan penggunaannya di sektor perniagaan dan pendidikan kerana faktor kos yang lebih murah dan kelajuan yang lebih tinggi berbanding produk jalur lebar berasaskan teknologi "copper". Cuma kekangan tentunya adalah kawasan liputannya buat masa ini yang hanya merangkumi 60 hingga 70 peratus kawasan di daerah Johor Bahru, kawasan perindustrian terpilih dan kawasan pembangunan ISKANDAR


Jadi bagi entiti perniagaan serta sekolah yang berada di zon UniFi perlu memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan ini dengan menaik taraf sambungan perkhidmatan internet jalur lebar sedia ada yang berasaskan teknologi "copper" kepada teknologi "Fiber Optics".

Manakala untuk penggguna di rumah, Saya merasakan pakej termurah yang ditawarkan masih lagi diluar kemampuan bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Mungkin TM perlu mengkaji semula pakej tersebut atau merangka pakej baharu yang lebih murah misalnya pakej tanpa IPTV









Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan