Cerita Tentang [
Sakit
]

Nurin Amani Dimasukkan Ke Wad

Sejak semalam Nurin Amani telah menunjukkan tanda-tanda seperti mahu demam dan tiada selera makan. Keadaannya bertambah teruk pada sebelah petangnya. Kali ini dia sudahpun mula muntah-muntah setiap kali diberikan minuman atau makanan. 

Melihat keadaannya semakin teruk, Azza membawanya ke klinik. Namun begitu doktor di klinik tersebut menyatakan jika keadaan muntah-muntah ini berterusan sehingga keesokan harinya, Nurin Amani hendaklah dikejarkan ke hospital! 



Pagi tadi keadaannya masih tidak berubah, jadi kami terus merujuk Nurin Amani ke Hospital Pakar Puteri. Memandangkan gejala muntah-muntah ini sudah berterusan sejak semalam, doktor memberitahu bahawa air perlu dimasukkan ke dalam badan dan Nurin Amani perlu didaftar masuk ke wad.

Kami sudahpun menjangkakan situasi ini. Jadi segala persiapan telah pun dilakukan sebelum ke hospital pagi tadi.

Semoga Nurin Amani segera sembuh. Kurang meriah keadaan di rumah tanpa keletahnya. Amin.




Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:




Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment