BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

20 Jun 2012

Sekali Sekala Bereksperimen Dengan Warna

Amat jarang sekali blog ini ditukarkan rupa parasnya. Sebenarnya saya seakan sudah berpuas hati dengannya. Rasanya tiada apa lagi yang perlu diubah dari segi susun atur dan penampilan kosmetiknya. 
 

Beberapa hari yang lepas saya terasa seperti ada yang perlu dibuat. Melihat seperti ada ruang lagi yang terbazir, akhirnya saya mencuba untuk mengecilkan saiz widget yang terdapat di blog ini. Tujuannya ialah untuk memadat serta mengoptimumkan penggunaan ruang.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Ada beberapa widget yang telah berjaya dikecilkan bentuk dan penampilannya. Saya amat berpuas hati dengan hasil akhirnya. Untuk menambahkan lagi variasi warna pada blog ini, saya juga mengubah corak latar belakang blog untuk menimbulkan mood segar. Maklumlah sudah sekian lama ia dibiarkan kosong. Sekali sekala diberikan corak berwarna bagus untuk mata!

Cuma saya tidak pasti sama ada pengubahsuaian yang dilakukan terhadap kod widget tersebut telah melanggar Terma Syarat penggunaan (Term of Conditions). Kalau pun ia telah melanggar Terma Syarat penggunaan, saya sudah bersedia mengambil risiko dihalang dari menggunakannya tanpa banyak soal! :D




Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:




Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan