Modenas Jaguh 175 - One-way Roller Clutch Bearing

Hari ini seperti biasa, saya menunggang motorsikal ke tempat kerja. Didalam perjalanan terasa ada sedikit kelainan, lebih-lebih lagi bila terdapat seolah-olah ada bunyi ketukan yang keluar dari enjin motorsikal. Walaupun hanya kadang-kala sahaja bunyi tersebut mucul, yang pastinya bunyi ketukan itu bukanlah sesuatu yang  normal. 

Sampai dipejabat tanpa berlengah terus memeriksa motorsikal. Apabila cuba untuk menghidupkan enjin semula, hanya penghidup elektrik mengeluarkan bunyi berdesing manakala enjin tiada respon!  Wahaha.. ini sudah kes berat! Susah menunggang motorsikal ini kalau penghidup elektriknya tidak mampu menghidupkan enjinnya. Maklumlah motorsikal ini tiada penghidup tendang! Apa pun, saya sangat yakin memang ada sesuatu yang tidak kena dengan penghidup elektrik motorsikal ini dan komponen yang berkaitan.

Akhirnya ambil keputusan untuk bercuti hari ini bagi menyelesaikan masalah tersebut. Memandangkan motorsikal tidak dapat dihidupkan secara normal, terpaksalah menolaknya. Setelah berjaya menghidupkan enjinya terus sahaja menunggang menuju ke bengkel. Cuma berharap didalam perjalanan menuju ke bengkel enjinya tidak mati!



Setibanya di bengkel terus memberitahu mekanik tentang masalah tersebut. Berdasarkan simptom mekanik tersebut menyatakan bahawa berkemungkinan "One-way Roller Clutch Bearing" telah rosak. Apa pun perlu dibuka bahagian enjin sebelah kiri untuk memeriksa dengan lebih lanjut tahap kerosakkannya. Bila sudah dibuka dan diperiksa memang sah "One-way Roller Clutch Bearing" sudah rosak dan skru pengikatnya telah bertaburan dan hancur didalam enjin! Itulah puncanya terdapat bunyi ketukan dalam enjin dan menyebabkan penghidup elektrik tidak dapat berfungsi!


"One-way Roller Clutch Bearing"  [Link]

Tanpa banyak cerita terus meminta mekanik menyatakan sebut harga. Memang perlu dibaiki segera. Kalau tidak banyak aktiviti lain yang akan terjejas bila salah satu pengangkutan utama kurang sebuah! Umpama patah sebelah kaki [Link]. Bila mekanik menyatakan bahawa kerosakkan itu boleh diperbaiki dengan kos dibawah RM200, terus terasa lega. Selepas diberitahu akan kos serta komponen lain yang perlu diganti sama, saya segera bersetuju untuk beliau meneruskan kerja-kerja pembaikan. 

Alhamdulillah, kerja-kerja pembaikan dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa sejam. Insyallah, malam nanti saya mahu buat "test ride"!


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |




Komen Melalui Facebook: