BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 November 2012

Apabila Broadband Mudah Alih Macam Siput

Masih ada beberapa hari lagi untuk memasuki bulan baharu. Sementara itu saya terpaksa bersabar dengan kelajuan broadband mudah alih yang telah diperlahankan oleh penyedia perkhidmatan [Link]. Oleh kerana kelajuannya macam siput terpaksalah saya mengurangkan aktiviti online.




Broadband Mudah Alih Macam Siput!
Apabila Broadband Mudah Alih Macam Siput




Memang banyak yang terjejas terutamanya apabila tidak dapat mengunjungi blog rakan-rakan serta melayari halaman web kegemaran. Sangat seksa bila kelajuan capaian internet hanya pada 64kb! Penyudahnya hanya beberapa blog serta halaman web tertentu dapat diakses. Yang lainnya cuma mampu memaparkan separuh muka surat atau lebih teruk lagi tiada paparan langsung!
 
Apa pun cabarannya saya tetap berusaha untuk mengemaskini blog ini. Bila dalam keadaan sebegini teringat pula kisah dulu-dulu dan apa yang perlu dipraktikkan apabila kelajuan capaian intenet kurang memuaskan [Link].
 
Err.. Bila sudah putus harapan, lebih baik menonton TV ataupun terus masuk tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan