Mimpi Ngeri Pelanggan Broadband Mudah Alih

Mimpi ngeri setiap pelanggan perkhidmatan broadband mudah alih telah pun terjadi! Memang tidak menyangka akan terkena lagi kerana pengalaman lalu menyebabkan saya sentiasa mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu untuk mengawal penggunaan internet [Link].

Namun begitu perkara yang telah cuba dielakkan telah pun berlaku. Malas mahu membuat "post mortem" dan bercerita panjang lebar mengenainya. Kalau diselidiki lebih lanjut tentunya ia menjurus kepada tabiat penggunaan internet diri sendiri.


Celcom BroadBand Fair Usage Policy



Anggap sahaja ini adalah satu mimpi ngeri. Kadang-kadang sahaja berlaku. Kalau selalu berlaku memang ada yang tidak kena dengan tabiat penggunaan internet. Masa itu baharulah perlu dilakukan sesuatu untuk mengatasinya..

Mungkinkah sudah sampai masa untuk berhijrah? [Link] Hmm.. Tiba-tiba teringatkan UniFi!!



1 comment:

  1. saya tak pernah terlebih kuota sebab selalu guna hari minggu ajer. layan movie korea setiap minggu. paling tinggi pun 4GB. x lebih dari 6 GB.

    ReplyDelete

Copyright © 2017 BEAM™