Cerita Tentang [
Luar Negara
]

Pengalaman Menaiki Kereta Kabel Di Badaling - Great Wall of China

Cable Car Ride at Badaling - Great Wall of China
Pengalaman menaiki kereta kabel untuk naik ke puncak menara kawalan ke 7 di Tembok Besar Negeri China (Great Wall of China) memang tidak dapat dilupakan.

Kereta kabel yang mampu memuatkan seramai 6 orang penumpang ini sudah kelihatan agak berusia. Bila melihat keadaan fizikalnya memang tidak menyakinkan tetapi apabila melihat kereta kabel yang sedang beroperasi turun dan naik tanpa masalah, keraguan untuk menaikinya mulai hilang. Untuk menaiki kereta kabel ini tket yang dikenakan adalah sebanyak RMB60 untuk perjalanan 2 hala.



Jika dibandingkan dengan kereta kabel yang terdapat di Pulau Langkawi, memang jauh bezanya. Tentunya yang ada di Pulau Langkawi itu lebih moden. Apa pun kereta kabel di Badaling ini memang agak menakutkan terutamanya apabila ia bergegar setiap kali  melalui tiang penyokong.

Alang-alang sudah sampai, lupakan semua ketakutan. Entah bila akan sampai ke Badaling lagi. Pengalaman sebagini memang sukar dilupakan dan hanya dapat dinikmati bila diri sendiri yang melaluinya.

Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment