BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

28 Disember 2012

aigoPad M60 - Tablet Untuk Kanak-kanak

Aigo Pad M60 - Murah! Hanya RM159 Di Malaysia
Terpandang iklan ini di akhbar hari ini. Sangat terkejut apabila melihat harganya. Sebuah tablet berjenama aigoPad M60 bersaiz 6 inci dijual pada harga RM159! Rasanya buat masa ini, inilah tablet yang termurah yang dijual dipasaran sekarang.

Tablet ini boleh didapati daripada pengedar-pengedarnya yang sah di seluruh negara dan juga melalui Lazada Malaysia [Link]

 

Tablet Untuk Kanak-kanak


Yang lebih menarik, tablet ini disasarkan kepada kanak-kanak. Tablet ini telahpun terjual sebanyak 500,000 unit dalam masa 3 bulan. Merupakan tablet paling laris di Thailand dengan jualan sebanyak 30,000 unit sebulan. Manakala di China, sebanyak 7,000 unit dijual dalam sehari!



Aigo Pad M60 - Murah! Hanya RM159 Di Malaysia


Murah!


Untuk harga serendah RM159, terus terang saya katakan ini adalah harga yang sangat berbaloi untuk memiliki sebuah tablet. Sebenarnya tablet ini boleh digunakan untuk orang dewasa juga. Dilengkapi dengan sistem pengoperasian Android 4.0, ia merupakan peranti tablet moden yang mampu melakukan pelbagai tugasan umum dan berhibur.

Aigo?


Rasanya tidak ramai yang tahu jenama ini. Malah ramai juga yang tidak mengetahui kewujudan jenama ini. Tetapi bagi peminat sukan Formula 1, jenama Aigo memang sudah tidak asing lagi. Logo syarikat ini sudah pun berada pada jentera pasukan McLaren sejak tahun 2006.


Aigo Sponsored McLaren F1 Team Since 2006



aigoPad M60 - Spesifikasi Umum:



Sistem Pengoperasian:
Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)

CPU:
  A13 @ 1.2 GHz

Saiz:
 Ketebalan: 8 mm 
Berat: 238 g

Paparan:
Skrin sesentuh 6  inci 
800 x 480
Memori:
512MB RAM 

Kamera: 
Kamera hadapan

Sambungan Data / Wireless:
WiFi (802.11 b / g )
USB 2.0


Senarai Pengedar 


Aigo Pad M60 - Senarai Pengedar - KL / Selangor 0321431972, Pahang / Terengganu / Kelantan 0169305228 095131233, Negeri Sembilan / Melaka / Johor 067652267 067652268, Kedah / Penang / Perak / Perlis 045758412, Sarawak 0168777785, Sabah / Labuan 088313666  Senarai Pusat Servis - KL 0322873010, Kelantan 097449010, 095158010, Kedah 047340010, Penang 046422010, Perak 055473010, Johor 07-3539010, Sarawak 082243010, Sabah 088486620.


Perbincangan aktif mengenai aigoPad M60. Sila rujuk halaman forum ini  [Link]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan