BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Android. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Android. Papar semua catatan

09 Oktober 2014

Oktober 09, 2014

aigoPad M60 - Kos Penggantian Bateri

Saya memiliki 2 unit aigoPad M60 yang digunakan oleh kedua-dua anak saya. Setelah beberapa ketika menggunakannya, saya dapati baterinya semakin lemah untuk menyimpan dan mengekalkan caj pada satu jangkamasa yang munasabah. Sudah pasti hal ini amat merisaukan kedua-dua anak saya. Walau bagaimanapun, isu ini dapat saya selesaikan dengan menggunakan "Power Bank".


aigoPad M60 - Masalah Bateri? Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya
aigoPad M60 - Masalah Bateri? Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya



Bateri Sudah Tidak Mampu Menyimpan Caj!


Namun begitu selepas beberapa ketika, keadaan menjadi semakin teruk apabila bateri pada aigoPad M60 tidak mampu langsung menyimpan dan mengekalkan caj. Pada masa tersebut, "Power Bank" yang ada tidak lagi dapat membantu. Nampaknya sudah tiada cara lain untuk menyelesaikannya melainkan dengan melakukan penggantian bateri.


Warranty Sudah Lama Tamat

 
Memandangkan tempoh "Warranty" sudah lama tamat, saya tidak bercadang untuk menghantarnya ke pusat servis. Saya melakukan carian di internet tentang bateri yang sesuai untuk digunakan pada aigoPad M60. Memang terdapat pelbagai jenis dan saiz tetapi semunya lebih sesuai digunakan pada tablet yang berukuran 7 inici ke atas. Bagi tablet berukuran 6 inci agak sukar mencarinya atau hampir tiada langsung yang sesuai. 


Hubungi Pusat Servis


Bila pencarian tidak membuahkan hasil, akhirnya saya mengalah dan merujuk semula senarai pengedar dan pusat servis bagi aigoPad M60. Memandangkan saya tinggal di Johor Bahru, pusat servis terhampir ialah di Ten Ten Telecommunications Sdn. Bhd. cawangan Taman Molek. Saya menghubungi pusat servis tersebut dan terus bertanyakan tentang bateri serta kos yang berkaitannya dengannya.


aigoPad M60 - Service Form Ten Ten Telecommunicatons Sdn. Bhd.
aigoPad M60 - Masuk Bengkel!


Rupa-rupanya kos mengganti bateri untuk aigoPad M60 tidaklah semahal seperti yang disangka. Hanya RM20 seunit. Cuma terpaksa menunggu sehingga 3 minggu untuk disiapkan kerana tablet terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur untuk urusan servis dan penggantian bateri.



Selepas 3 Minggu


Alhamdulillah selepas 3 minggu, saya mendapat panggilan daripada pusat servis yang mengatakan bahawa tablet sudah boleh diambil. Tanpa berlengah, keesokan harinya saya ke pusat servis dan mengambil kedua-dua tabet aigoPad M60 milik saya.


aigoPad M60 - Final Invoice (Battery Replacement)
aigoPad M60 - Kos Bateri Seunit Cuma RM20


Walaupun saya hanya meminta mereka menggantikan bateri, saya dapati pihak pusat servis telah melakukan beberapa perkara tambahan seperti mengetatkan butang-butang "Power" dan "volume" yang sebelum ini telah longgar serta melekatkan "Screen Protector" yang baharu.



aigoPad M60 -  Siap Dengan Pelekat  Warranty Yang Baharu!


Khidmat Lepas Jualan Bagus


Tidak dinafikan bahawa aigoPad M60 adalah sebuah tablet yang murah dan amat sesuai digunakan oleh kanak-kanak. Walaupun murah, jenama ini disokong oleh pengedar yang bagus dan mempunyai reputasi yang baik. Selain jenama aigo, pengedar ini juga mempunyai beberapa portfolio jenama terkenal dibawah naungannya. Jadi, isu servis serta mendapatkan alat ganti tidaklah menjadi satu masalah besar.

Benar, memang ada jenama yang lebih murah daripada aigoPad M60 tetapi khidmat sokongan selepas jualannya sentiasa menjadi persoalan lebih-lebih lagi jika ianya diedarkan oleh pengedar yang kurang dikenali.


18 Jun 2013

Jun 18, 2013

aigoPad M60 - Lebih Murah di Lazada Malaysia?

aigoPad M60 Lebih Murah Di Lazada Malaysia
Saya menulis artikel mengenai aigoPad M60 - Tablet Untuk Kanak-kanak [Link] pada hujung bulan Disember tahun 2012. Sejak itu pencarian pengguna terhadap tablet tersebut di internet sering menyinggah ke blog ini  Alhamdulillah walaupun sudah lama "keyword" nya masih panas!

Bagaimana Hendak Mendapatkan aigoPad M60?


Bagi kebanyakkan pengunjung, maklumat pertama yang ingin mereka ketahui ialah bagaimana hendak mendapatkannya. Memang sukar mencari penjual yang menjual mengikut harga yang diiklankan. Situasi tersebut turut saya rasakan ketika mencarinya disekitar Bandaraya Johor Bahru. Namun begitu saya tetap tidak berputus asa. Selain daripada mencari kedai yang menjualnya, saya juga turut melakukan pencarian di kedai-kedai atas talian.

03 Februari 2013

Februari 03, 2013

Asus MeMO Pad - RM499

Asus MeMO Pad - Harga Malaysia - RM499
Nampaknya kebelakangan ini pasaran gadget tempatan mulai dibanjiri dengan kemasukkan gadget berharga rendah yang kebanyakkannya dari negara China [Link]. 

Kali ini Asus telah memberikan respon yang sewajarnya kepada pasaran memandangkan terdapat permintaan yang agak tinggi pada segmen tablet berharga rendah. Pada harga RM499, Asus MeMO Pad tentunya akan menarik minat ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut [Link].

28 Disember 2012

Disember 28, 2012

aigoPad M60 - Tablet Untuk Kanak-kanak

Aigo Pad M60 - Murah! Hanya RM159 Di Malaysia
Terpandang iklan ini di akhbar hari ini. Sangat terkejut apabila melihat harganya. Sebuah tablet berjenama aigoPad M60 bersaiz 6 inci dijual pada harga RM159! Rasanya buat masa ini, inilah tablet yang termurah yang dijual dipasaran sekarang.

Tablet ini boleh didapati daripada pengedar-pengedarnya yang sah di seluruh negara dan juga melalui Lazada Malaysia [Link]

25 Oktober 2012

14 September 2012

September 14, 2012

Tabeo - Tablet Untuk Kanak-kanak

Dicipta hanya untuk kanak-kanak, Tablet Tabeo menggabungkan teknologi canggih, fungsi dan reka bentuk yang anggun dengan kawalan ibu bapa dan ciri-ciri keselamatan yang mesra kanak-kanak.

Tablet khusus untuk kanak-kanak sudah boleh ditempah di Toys 'R' Us, Amerika Syarikat pada harga USD 149.99 dan penghantaran pertama akan dilakukan pada 1 Oktober 2012.

Tabeo - Tablet Untuk Kanak-kanak
[Link]

25 Ogos 2012

Ogos 25, 2012

Samsung dan Apple - Pengakhiran Terhadap Kisah Cinta Pelik

Sekitar bulan Oktober 2011, saya ada menulis mengenai kisah kedua buah syarikat gergasi yang mempunyai perhubungan perniagaan yang agak unik [Link]. 

Setelah mengharungi beberapa siri pertikaian didalam makhamah dibeberapa buah negara, akhirnya ia mencapai kemuncaknya.


[Link]

Pengakhiran kepada kisah ini akhirnya terjawab dan memihak kepada Apple.

24 Mei 2012

Mei 24, 2012

Sony Tablet S Menyokong Andriod 4.0.3

Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa tablet pertama keluaran mereka iaitu Sony Tablet S sudah boleh dikemaskinikan kepada Android 4.0.3 ( Ice Cream Sandwich )[Link]



Tentunya berita ini amat mengembirakan bagi pemilik Sony Tablet S kerana dengan penambahbaikan ini pengguna dapat merasai pengalaman multimedia yang lebih memuaskan. Selain daripada Sony juga menyatakan bahawa penambahbaikan itu melibatkan rombakan semula paparan antara muka serta peningkatan kebolehgunaannya.

15 Mei 2012

Mei 15, 2012

Android Pertama Saya

Saya akui bila bercerita tentang telefon pintar berasaskan Android saya agak ketinggalan memilikinya kerana telefon pintar Windows Mobile [Link] yang sedang digunakan masih belum rosak lagi! Melihat tentang tiadanya  keperluan untuk bertukar telah melengahkannya lagi.  

Pada penghujung tahun lepas akhirnya saya mengalah! Lebih-lebih lagi apabila syarikat tempat saya bekerja telah melancarkan aplikasi Android yang digunakan oleh para pelanggan untuk memperolehi maklumat serta melakukan urusniaga. Secara tidak langsung Android telah menjadi sebahagian daripada tugas saya.

Tanpa menunggu telefon pintar berasaskan Windows Mobile itu rosak, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Android. Memang satu keputusan yang agak sukar setelah bertahun-tahun menggunakan telefon pintar berasaskan Windows Mobile [Link]. Namun begitu atas tuntutan teknologi dan pekerjaan, memiliki telefon pintar berasaskan Android dilihat sebagai satu keperluan.

04 Mei 2012

Mei 04, 2012

Samsung Galaxy SIII (S3) - Lebih Besar Dan Lebih Bijak


Samsung Galaxy SIII (S3) - Lebih Besar Dan Lebih Bijak

Samsung Galaxy SIII (S3) secara rasmi telah dilancarkan di London semalam. Telefon pintar terbaharu ini dilengkapi dengan pelbagai ciri serta perkakasan termaju. 

Pelancaran telefon pintar ini juga dilihat sebagai usaha mengukuhkan kedudukan Samsung [Link] sebagai pengeluar peranti telekomunikasi yang utama dunia.

Ciri utama Samsung Galaxy SIII (S3) ialah skrin paparan 4.8-inci Super AMOLED iaitu setengah inci yang lebih besar daripada Samsung Galaxy SII (S2) serta jauh lebih besar daripada paparan skrin 3.5 inci iPhone 4S [Link]. Walaupun didatangkan dengan skrin besar, Samsung Galaxy  SIII (S3) sebenarnya lebih nipis daripada iPhone 4S (8.6mm berbanding 9.33mm) dan sedikit ringan (133 gram berbanding 140 gram).

27 Januari 2012

Januari 27, 2012

Harga Sony Tablet S Diumumkan

Sony telah secara rasminya mengumumkan harga Tablet S di Malaysia. Untuk model 16GB + WiFi, ia dijual dengan harga RM1499 manakala model 32GB + WiFi, ia dijual pada harga RM1799.

Kedua-duanya sudah boleh didapati melalaui "pre-order pakages" dan bagi mereka yang telah membuat "pre-order", penghantaran kepada pembeli akan bermula pada 28 Februari 2012.



Manakala bagi ahli My Sony dan Sony Store Member, mereka akan mendapat jemputan untuk membeli Tablet S pada 14 Februari 2011 serta akan mendapat ST Slip Case yang bernilai RM139 secara percuma dengan pembelian mana-mana model Tablet S.

14 Januari 2012

Januari 14, 2012

Sony Tablet S - Umpama Lipatan Majalah

Pihak Sony telah mengumumkan bahawa tablet pertama keluarannya yang dikuasai oleh sistem pengoperasian Android dan dikenali sebagai Tablet S akan berada dipasaran Malaysia pada Februari 2012.

Tablet bersaiz 9.4 inci itu menampilkan rekabentuk yang agak radikal berbanding pesaingnya. Keunikan rekabentuknya seolah-olah diinspirasikan oleh lipatan majalah dan ini dapat dibuktikan apabila ketebalannya tablet ini adalah tidak sekata dari bahagian atas dan kebawah. Ketebalan dibahagian atas adalah 20.66mm manakala dibahagian bawah adalah 10.1mm.


Rekabentuk uniknya umpama lipatan majalah memberikan keselesaan kepada pengguna untuk menaip dan melihat paparan pada skrin apabila diletakkan diatas permukaan yang rata.


23 Disember 2011

Disember 23, 2011

Samsung Galaxy Y Duos Dan Samsung Galaxy Y Pro Duos

Semalam Samsung Electronics Co. Ltd telah mengumumkan pelancaran model terbaharu telefon pintar dalam keluarga Galaxy yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Y Duos dan Samsung Galaxy Y Pro Duos.

Telefon pintar ini bakal memasuki pasaran seluruh dunia pada bulan Januari 2012 disasarkan untuk pengguna yang inginkan keseimbangan komunikasi profesional dan sosial.

Antara ciri unik kedua-dua telefon pintar ini ialah ia merupaka produk pertama Samsung berasaskan Android yang menyokong 2 kad sim serentak. Apa yang lebih menarik telefon pintar ini masih lagi tergolong dalam kategori telefon pintar berharga sederhana.

15 Disember 2011

Disember 15, 2011

Android Berharga Dibawah RM500


Setahun telah pun berlalu. Impian untuk melihat lebih banyak model telefon pintar berharga dibawah RM500 telah pun menjadi kenyataan. Kini pengguna mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dahulu untuk membeli telefon pintar (Smartphones).  

Berikut adalah model-model telefon pintar menggunakan sistem pengoperasian Android yang terdapat dipasaran berharga dibawah RM500.



Samsung Galaxy Y (Young)
Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro
Sony Ericsson Xperia X10 Mini
Model Samsung Galaxy Y (Young) Sony 
Ericsson Xperia X10 Mini Pro
Sony 
Ericsson Xperia X10 Mini
Harga(RM) 499 460 - 475* 425 - 440*
CPU 883MHz 600MHz 600MHz
Saiz Skrin 3.00" 2.55" 2.55"
Storan Dalaman 180 MB 128MB 128MB
Storan Luaran MicroSD 32GB MicroSD 32GB MicroSD 16GB
OS Android OS v2.3 Android OS v2.1
Android OS v2.1
Ciri Unik
CPU terpantas.

OS terkini.

Bluetooth 3.0
 
WiFi 802.11 b/g/n 

 

Dual input 
Slide qwerty keyboard dan skrin sentuh.

Kamera 5.0 Megapixels berserta denyar dan fungsi fokus automatik
Bersaiz Super Compact.

Kamera 5.0 Megapixels berserta denyar dan fungsi fokus automatik




Antara ciri utama telefon pintar yang berada pada kategori ini ialah:

  • CPU berkelajuan dibawah 1GHz.
  • Skrin tidak melebihi saiz 3.2 inci.
  • Storan dalaman dibawah 200MB.
  • Sambungan WiFi  b/g.
  • Kamera tanpa denyar (flash) 

Namun begitu kemunculan Samsung Galaxy Y (Young) telah merubah sedikit pola stereotype telefon pintar pada kategori ini. Dibekalkan CPU berkelajuan 883Mhz serta dilengkapi dengan sambungan WiFi N-Draft serta Bluetooth 3.0.  Model ini bakal menjadi rujukan didalam kelasnya.



Samsung Galaxy Mini
CSL Spice Mi300
CSL Spice Mi320
Model Samsung 
Galaxy Mini
CSL 
Spice Mi300
CSL 
Spice Mi320
Harga(RM) 499 399 499
CPU 600MHz 600Mhz 600Mhz
Saiz Skrin 3.14" 3.2" 3.2"
Storan Dalaman 160 MB 192MB 192MB
Storan 
Luaran
MicroSD 32GB MicroSD 32GB MicroSD 32GB
OS Android OS v2.2 Android OS v2.2
Android OS v2.2
Ciri Unik
Kamera 3.0 Megapixels dilengkapi fungsi fokus automatik. 


Kamera 5.0 Megapixels beserta denyar.

Skrin besar. 
Skrin besar.


Walaupun telefon pintar yang berada pada kategori ini boleh dikatakan sebagai model permulaan dan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai model asas, spesifikasi teknikalnya tidaklah terlalu ketinggalan.

Malah ia diberi sedikit ruang oleh kebanyakkan pengeluar untuk memaksimumkan keupayaan telefon pintar ini dengan menggunakan kaedah "Root".

22 Oktober 2011

Oktober 22, 2011

Samsung dan Apple - Kisah Cinta Pelik

Kadang-kadang situasi pelik boleh berlaku didalam hubungan perniagaan. Contoh yang paling unik sekarang ialah antara dua entiti perniagaan yang terkenal iaitu Samsung dan Apple. Perhubungan ini boleh diibaratkan umpama Kisah Cinta Pelik!

Dibeberapa buah pasaran, Apple telah berjaya mendapatkan perintah mahkhamah untuk menghalang Samsung daripada menjual Samsung Galaxy Tab 10.1 dan 3 buah model Smartphone keluarannya. Antara pasaran yang berjaya disekat oleh Apple ialah Australia dan  Belanda. 

Namun disebalik semua itu, Samsung sebenarnya merupakan pembekal utama komponen kepada Apple dan antara komponen utamanya ialah unit pemprosesan pusat A4 dan A5 untuk pembuatan iPhone dan iPad! Situasi yang agak pelik diantara pelanggan dan pembekal. Saling saman menyaman antara keduanya tetapi masih berjaya mengekalkan hubungan perniagaan yang erat.

Dalam masa yang sama, Samsung sebenarnya sudah pun berjaya memintas Apple dalam segmen smartphone apabila berjaya menjual sebanyak 20 juta unit berbanding Apple yang menjual sebanyak 17 juta unit. 

Sebagai jawapan kepada iPhone 4S, Samsung memperkenalkan Galaxy Nexus yang menggunakan versi terbaharu sistem pengoperasian Andriod 4.0 a.k.a  "Ice Cream Sandwich".  Diberitakan ia akan memasuki pasaran pada November ini.



Samsung menggunakan kelebihan yang ada padanya iaitu kecekapan kilang pengeluarannya  serta keputusan eksekutif yang pantas dalam mengejar Apple dan akan menggunakan strategi yang sama seperti Apple untuk lebih agresif  dalam menggunakan proses undang-undang dan makhamah untuk menghalang penjualan produk pesaing serta mempertahankan "paten".