BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 Disember 2012

iPad Mini - Harga Bermula Dari RM999

iPad Mini - RM999 - RM1999 Di Malaysia
iPad Mini [Link] secara rasminya sudah boleh didapati daripada Apple Store Malaysia bermula dari RM999. Terdapat 2 variasi yang ditawarkan iaitu iPad Mini Wi-Fi dan iPad Mini Wi-Fi + Cellular. Bagi pembelian yang dilakukan dari atas talian, kos penghantaran adalah percuma dan penghantaran akan dibuat dalam masa 2 minggu daripada tarikh pesanan. Walau bagaimanapun, setiap pembelian dihadkan kepada maksimum hanya 2 unit.


iPad Mini Sudah Boleh Didapati Di Malaysia


Bagi varian Wi-Fi, harga bermula dari RM999 bagi model berkapasiti 16GB, RM1299 bagi model berkapasiti 32GB dan RM1599 bagi model berkapasiti 64GB. Manakala bagi varian Wi-Fi + Celullar, harga bermula dari RM1399 bagi model berkapsiti 16GB, RM1699 bagi model berkapasiti 32GB dan RM1999 bagi model berkapsiti 64GB.


iPad Mini - Harga iPad Mini Di Malaysia

Berdasarkan faktor harga yang agak kompetetif, saya jangkakan bahawa varian Wi-Fi berkapasiti 16GB bakal memberikan saingan terhadap Asus Google Nexus 7 yang dijual di Malaysia pada harga yang sama.

Semoga persaingan ini akan berlanjutan sehingga mengakibatkan berlakunya perang harga! Kalau pun bukan iPad Mini yang turun harga, saya tidak kisah jika Asus Google Nexus 7 yang mengalah! :D



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan