Now Reading [
MPV
] News

Proton Exora Bold Standard - Kini Dengan Kuasa Turbo!

Proton Exora Bold Standard - Kini Dengan Kuasa Turbo!Terpandang iklan ini di Facebook semalam. Segera ke halaman web rasmi Proton untuk mengesahkannya. Memang benar, Proton Exora Bold Standard kini dikuasakan dengan enjin turbo!  

Teringat ketika mengikuti Pandu Uji Singkat Proton Exora Bold [Link] pada tahun lepas untuk merasa kuasa enjin turbo tersebut yang sememangnya amat mengujakan.

Lebih Kuasa Dan Lebih Murah


Tentunya perkara yang paling menarik bagi bakal pembeli ialah faktor harganya yang agak menarik untuk dipertimbangkan. Kini kuasa tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah!

Proton Exora Bold Standard - Kini Dengan Kuasa Turbo! - Harga Lebih Murah!

Mempelbagaikan Pilihan


Memang menarik apabila Proton menambah lagi varian untuk pilihan bakal pelanggan. Tentunya ia bakal meningkatkan lagi jualan model Exora secara amnya.


Proton Exora Bold Standard - Kini Dengan Kuasa Turbo! - Spesifikasi Umum
[Link]

Harga


Proton Exora Bold Standard terbaharu ini dijual dengan harga RM 69,000.00 untuk kemasan warna "metallic" manakala RM 68,550.00 untuk kemasan warna "solid".

Proton Exora Bold Standard - Kini Dengan Kuasa Turbo! - Harga: RM69,000 (Metalic) RM68,550 (Solid)

Bertukar Kepada MPV?


Bila bercerita tentang MPV secara umum, tentunya ia akan mengingatkan saya tentang satu artikel lama yang telah saya tulis pada bulan Januari 2012 [Link] Mengenai Kewajaran Untuk Bertukar Kepada MPV.  Mungkin juga artikel tersebut boleh dijadikan rujukun tidak rasmi bagi yang ingin memiliki MPV.


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment