BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label MPV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MPV. Papar semua catatan

11 Januari 2013

Januari 11, 2013

Proton Exora Bold Standard - Kini Dengan Kuasa Turbo!

Proton Exora Bold Standard - Kini Dengan Kuasa Turbo!Terpandang iklan ini di Facebook semalam. Segera ke halaman web rasmi Proton untuk mengesahkannya. Memang benar, Proton Exora Bold Standard kini dikuasakan dengan enjin turbo!  

Teringat ketika mengikuti Pandu Uji Singkat Proton Exora Bold [Link] pada tahun lepas untuk merasa kuasa enjin turbo tersebut yang sememangnya amat mengujakan.

21 Februari 2012

Februari 21, 2012

Proton Exora Bold - Pandu Uji Singkat

Semalam seperti biasa Saya dan rakan-rakan turun ke kafeteria di dalam bangunan tempat Saya bekerja untuk makan tengahari. 

Sebaik sahaja sampai di depan pintu masuk kafeteria ada sebuh MPV, Proton Exora Bold sedang menanti untuk dipandu uji.  Memang pada mulanya Saya tidak ambil kisah mengenainya kerana perut sudah terlalu lapar dan perlu diisi segera. Jadi selesaikan dahulu urusan yang sepatutnya.



Proton Exora Bold - Bahagian Hadapan


Selesai makan tengahari, jurujual Proton yang membawa kenderaan tersebut mempelawa salah seorang daripada kami untuk mencuba memandu uji kenderaan tesebut. Ternyata pelawaan itu disambut oleh salah seorang rakan kami. Memandangkan kenderaan itu cukup luas dan besar untuk memuatkan semua, kami mengambil keputusan untuk menyertai pandu uji tersebut sebagai penumpang.



Proton Exora Bold - Bahagian Dalaman



Saya memilih untuk duduk dibahagian penumpang dibelakang pemandu. Tanggapan pertama sebaik sahaja masuk ke ruang tersebut ialah kenderaan ini agak luas dan kemas! 

Namun begitu kami tidak berminat untuk menghayati keluasan MPV tersebut kerana itulah antara sebab utama kenapa ia dicipta.

Sebenarnya kami lebih teruja untuk menghayati kuasa pecutan yang mampu dijana oleh enjin terbaharu keluaran Proton yang berkuasa Turbo atau lebih dikenali sebagai Campro Charged Fuel Efficiency (CFE) dengan kapasiti penuh penumpang. 



Proton Exora Bold - Pandangan Belakang



Setelah mengalaminya sendiri, Saya amat yakin dengan kuasa enjin yang baharu ini. Walaupun hanya sebagai penumpang memang terasa kuasa pecutannya. Ditambah lagi dengan transmisi CVT, memang membantu kelancaran kuasanya. Tahniah Proton!

Secara peribadinya Saya agak menyukai karakter MPV ini tetapi untuk memiliki kenderaan seperti ini bukan menjadi keutamaan buat masa sekarang. Namun begitu, bagi yang sedang mencari sebuah MPV berharga dibawah RM100k, pastikan Proton Exora Bold termasuk didalam senarai yang perlu dipandu uji dan dipertimbangkan.


12 Januari 2012

Januari 12, 2012

Bertukar Kepada MPV?

Bertukar Kepada MPV? Yang mana satu pilihan hati? Exora atau Avanza ataupun model MPV yang lain? Fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Bila bercerita pasal Multi Purpose Vehicle (MPV) teringat beberapa tahun yang lepas semasa segmen kenderaan ini mulai popular. Ramai kawan-kawan yang mengambil keputusan untuk bertukar dari kereta ke Multi Purpose Vehicle (MPV). "Upgrade" kata mereka ringkas.




Bertukar kepada MPV? - Fikir semasak-masaknya..
Bertukar Kepada MPV?


Selepas 4 atau 5 tahun kebanyakkan dari mereka ini kembali menggunakan kereta. "Kurang powerlah" kata mereka ringkas.


Bila Saya membuat sedikit penelitian dan tinjauan. Saya dapati pilihan untuk menggunakan MPV sebenarnya memang kurang sesuai untuk lelaki yang berumur 40 tahun kebawah.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih mengekalkan gaya pemanduan agresif. Segala-galanya menjadi serba tidak kena pada mereka sebaik sahaja bertukar kepada MPV. Semuanya perlu diselaraskan semula, terutamanya dari segi gaya pemanduan dan personaliti.

Bila penyelarasan gagal dibuat, mereka tentunya menyesal dan merasa tidak puas dengan keputusan yang dibuat, lalu mengambil keputusan untuk kembali menggunakan kereta!

Menurut seorang kawan, apabila seseorang itu sudah memilih MPV, mereka sebenarnya telah mula mahu berubah dari agresif kepada yang lebih tenang. Seolah-olah inilah masa yang sesuai untuk settle down.


Tetapi menurut seorang kawan yang lain, apabila seseorang itu kembali menggunakan kereta tentunya ada yang tidak kena. Err.. Tips bagi perempuan single. Jangan cuba dekat dengan lelaki yang memandu MPV.  Mereka tentunya suami orang! :D