Cerita Tentang [
Sukan
]

F1 - Nico Rosberg Menang Di Monaco GP 2013

Nico Rosberg Wins Monaco Grand Prix 2013
Nico Rosberg [Link] berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada perlumbaan Formula 1 - Monaco Grand Prix 2013.

Beliau memulakan perlumbaan daripada kedudukan "pole" dan berjaya menyempurnakan misi podium pertamanya untuk musim 2013.

Secara umumnya, ini adalah minggu yang cemerlang buat pasukan AMG Mercedes kerana berjaya menguasai pusingan kelayakkan dan seterusnya menterjemahkannya kedalam bentuk kemenangan melalui Nico Rosberg dan kedudukan ke 4 buat Lewis Hamilton. Dengan kemenangan ini, Nico Rosberg menduduki tangga ke 6 dalam senarai pungutan mata kategori pemandu manakala Lewis Hamilton kekal di kedudukan ke 4.



F1 - Nico Rosberg Menang di Monaco GP 2013
F1 - Nico Rosberg Menang di Monaco GP 2013


Namun begitu kemenangan ini tentunya dipalit dengan kontroversi yang melibatkan ujian tayar secara rahsia yang dilakukan oleh pasukan AMG Mercedes dan Pirelli sejurus selepas tamatnya perlumbaan Spanish Grand Prix tempohari. Diberitakan beberapa pasukan akan membuat bantahan rasmi kepada FIA mengenai ujian tersebut.

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Monaco Grand Prix 2013:

1. Nico Rosberg Mercedes-Mercedes  2hr 17m 52.056s
2. Sebastian Vettel Red Bull-Renault +00m 03.8s
3. Mark Webber Red Bull-Renault +00m 06.3s
4. Lewis Hamilton Mercedes-Mercedes +00m 13.8s
5. Adrian Sutil Force India-Mercedes +00m 21.4s
6. Jenson Button McLaren-Mercedes +00m 23.1s
7. Fernando Alonso Ferrari-Ferrari +00m 26.7s
8. Jean-Eric Vergne Toro Rosso-Ferrari +00m 27.2s
9. Paul di Resta Force India-Mercedes +00m 27.6s
10. Kimi Raikkonen Lotus-Renault +00m 36.5s
11. Nico Hulkenberg  Sauber-Ferrari +00m 42.5s
12. Valtteri Bottas Williams-Renault +00m 42.6s
13. Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari +00m 43.2s
14. Max Chilton Marussia-Cosworth +00m 49.8s
15. Giedo van der Garde Caterham-Renault +01m 02.5s

Rtd. Sergio Perez McLaren-Mercedes
Rtd. Romain Grosjean Lotus-Renault
Rtd. Daniel Ricciardo Toro Rosso-Ferrari
Rtd. Jules Bianchi  Marussia-Cosworth
Rtd. Pastor Maldonado Williams-Renault
Rtd. Felipe Massa Ferrari-Ferrari
Rtd. Charles Pic Caterham-Renault

Fastest lap:

Sebastian Vettel Red Bull-Renault 1m 16.577s Lap 77


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment