BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

26 Mei 2013

Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru

Biasalah bila tiba bab-bab makan, saya sentiasa terlambat!

Walaupun sudah lama Burger Bakar Abang Burn sampai di Jajahan Johor Bahru, baru kini saya berpeluang mencubanya.

Ironinya lokasi perniagaan ini sebenarnya berdekatan dengan tempat saya bekerja. Malah jika mahu pulang ke rumah pun akan lalu dihadapannya. Selama ini saya hanya sempat ambil baunya sahaja setiap kali lalu!



Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru - Peta Lokasi
Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru - Peta Lokasi


Akhirnya pada hari Jumaat yang lepas bersempena dengan sambutan Hari Wesak, saya sekeluarga mengunjunginya. Memandangkan hari tersebut adalah cuti umum dan secara rasminya bermula cuti persekolahan, bagus juga jika sekali sekala makan di luar dan mencuba sesuatu yang berlainan.



Burger Bakar Abang Burn - Supremo Cheese Beef
Burger Bakar Abang Burn - Supremo Cheese Beef


Sejujurnya saya memang peminat burger. Malah boleh dikatakan seluruh ahli keluarga meminatinya kecuali anak saya yang nombor dua. Apa pun percubaan pertama ini sememangnya satu pengalaman yang mengujakan walaupun agak keliru dengan konsep mereka pada mulanya.

Terus terang saya katakan untuk menghabiskan burger sebesar itu memang agak meletihkan! Sedap? Itu semestinya..  Lain kali jika ke sini lagi saya sangat teruja untuk mencuba Burger Kambing Bakar!

Perniagaan Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru dibuka seawal jam 5:00 petang - 12:30 pagi setiap hari dan beralamat di B.Point Station, Lot 25231-A, Jalan Yahya Al-Datar, 80000 Johor Bahru. Untuk maklumat lebih lanjut tentang menu yang ditawarkan serta lain-lain maklumat, adalah disarankan untuk melayari halaman web ini [Link]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan