Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Pada Semua #3

Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa Pada Semua
Ramadan datang lagi. Besar harapan saya agar Ramadan dapat disambut dalan keadaan yang tenang serta kekal aman di negara ini.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, saya dengan rendah diri dan konsisten menyarankan pada yang masih merokok supaya mengambil kesempatan sempena Ramadan untuk memulakan misi berhenti merokok [Link]. 

Bagi yang mempunyai anak kecil yang mahu belajar berpuasa, boleh rujuk pautan ini [Link] untuk sedikit tips yang sangat berkesan yang telah lama saya sekeluarga amalkan.
 
Dikesempatan ini, saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama berblog ada menyinggung perasaan mana-mana pihak secara sengaja atau tidak.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Selamat menyambut Ramadan, selamat berpuasa buat semua.

Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™