Cerita Tentang [
Motorsikal
]

Generasi X dan Motorsikal

CHiPs TV Series Opening Title
Bila Generasi X bercerita tentang motorsikal, kelihatan peranan serta pengaruh televisyen menjadi sangat ketara dalam mempengaruhi pembentukan minat terhadap dunia permotoran.

Saya akui bahawa banyak terpengaruh dengan cerita-cerita yang disiarkan di televisyen ketika zaman kanak-kanak. Antara siri televisyen yang memberi kesan mendalam ialah CHiPs, Galactica dan Street Hawk. Manakala filem-filem seperti Dua Kali Lima, Gila-gila Remaja dan Azura menguatkan lagi keinginan untuk memiliki motorsikal.


"CHiPs" ride Kawasaki KZ-900P


Malangnya kebanyakkan siri televisyen yang memaparkan hero bermotorsikal sebagai watak utama tidak mampu bertahan lama.


Galactica Turbo Bike


Daripada ketiga-tiga siri televisyen tersebut, hanya siri televisyen CHiPs mampu bertahan agak lama sehingga ke beberapa musim (1977 -1983). Manakala Galactica (1980) dan Street Hawk (1985) hanya mampu bertahan semusim.


Street Hawk


Saya telah menonton banyak siri televisyen dan filem. Namun begitu, salah satu babak dalam filem "Fled" (1996) yang dibintangi oleh Laurence Fisburne dan Stephen Baldwin yang menuggang dua buah motorsikal Ducati 916 cukup menarik perhatian.




Setiap kali menontonnya terasa seperti saya sendiri yang menunggang salah satu daripada motorsikal tersebut.

Jika mahukan aksi yang lebih debaran boleh menonton salah satu babak dari filem Dua Kali Lima [Link] lakonan Wahid Satay dan Siti Tanjung Perak. Aksi flipping 360 darjah menggunakan Lambretta di akhir video klip itu memang diiktiraf sebagai "epic" dalam filem Melayu!


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment