Cerita Tentang [
Sukan
]

F1 - Spesifikasi Enjin Musim 2014

Formula 1 (F1) - 2014 Engine Spesification
Perlumbaan Formula 1 (F1) musim 2014 ini agak istimewa kerana pihak FIA merombak semula peraturan teknikal secara besar-besaran.

Dengan adanya rombakan ini, kesemua pasukan yang bertanding akan bermula pada tahap yang sama tanpa sebarang kelebihan dari segi kejuruteraan.

Namun begitu dari kaca mata peminat Formula 1 (F1), penumpuan tentunya lebih terarah kepada spesifikasi enjin.

Spesifikasi Enjin


Pada musim 2014, FIA memperkenalkan semula teknologi turbo yang diintegrasikan bersama sistem ERS (Energy Recovery Systems) yang lebih berkuasa. Dahulunya sistem ERS dikenali sebagai KERS. Kapasiti enjin adalah 1.6cc dengan susun atur V6. Kuasa yang dihasilkan daripada enjin tersebut adalah sebanyak 600bhp dan tambahan 160bhp daripada sistem ERS melalui unit MGU-K sepusingan. Manakala putaran enjin seminit dihadkan kepada 15,000rpm.


F1 - Spesifikasi Enjin Musim 2014
 [Link]


Untuk rekod kali terakhir sukan Formula 1 (F1) menggunakan teknologi turbo ialah  pada musim 1987 - 1988. Namun begitu sistem tersebut tidak dilengkapi dengan ERS.

Berikut adalah perbandingan spesifikasi enjin Formula 1 bagi musin 2014 dan musim 2013:


Spesifikasi Musim 2014 Musim 2013
Kapsiti Enjin 1.6cc Turbocharged 2.4cc NA
Kuasa Kuda 600bhp + 160bhp 
(ERS)
750bhp + 80bhp (KERS)
RPM Terhad kepada 15,000rpm Terhad kepada 18,000rpm
Bilangan Silinder & Susun Atur V6 V8
ERS 33saat Sepusingan 6saat Sepusingan
Kotak Gear 8 Kelajuan 7 Kelajuan
Penggunaa Minyak 100kg satu 
perlumbaan
160kg satu perlumbaan
Ekzos Satu Dua
Berat Minimum Kereta 690kg 642kg
[Link]


Deruman Enjin Berbeza


Akibat daripada perubahan peraturan teknikal yang menjurus kepada pertukaran spesifikasi enjin, kesan langsung ketara yang dirasai oleh penonton perlumbaan tentunya datang dari deruman enjin yang dihasilkan! 


V6 1.6cc Turbocharged


V8 2.4cc Normally Aspirated

V8 vs V6


Walaupun tiada perubahan drastik dari segi prestasi dan kelajuan, secara peribadinya saya lebih sukakan deruman enjin V8 berbanding V6. Memang terasa kelainannya. Sedikit sebanyak telah menghilangkan karekter enjin dalam perlumbaan Formula 1 (F1).


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment