Cerita Tentang [
Blog
]

Kemaskini Template Usang Supaya Lebih Mesra Peranti Mudah Alih

Alhamdulillah, kerja-kerja menaik taraf serta mengemaskini "template" blog ini sudah selesai sepenuhnya. Gembira tidak terkata apabila perkara yag dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Responsive HTML 5 Template


Blog Tidak Mesra Peranti Mudah Alih



Tergerak hati untuk mengemaskini "template" blog ini apabila mendapati blog ini tidak begitu mesra peranti mudah alih.

Responsive HTML 5 TemplateBenar, memang terasa rugi apabila banyak artikel yang mungkin berguna didalam blog ini tidak dapat dipaparkan dengan baik di peranti mudah alih. Jika terus mengabaikannya sudah tentu blog ini bakal kehilangan potensi trafik dan pembaca.

Responsive HTML 5 Template


Setelah melihat beberapa pilihan yang ada, akhirnya saya memilih "template" yang mempunyai ciri "Responsive". Ciri tersebut penting kerana "template" jenis ini mesra skrin peranti mudah alih dan komputer peribadi.

Berubah Untuk Merangsang Mood


Selain itu, jika mood menulis sudah semakin kurang memang ada baiknya saya melakukan sesuatu pada blog ini. Dalam kes ini saya memilih untuk merombak semula "template" serta susun atur blog ini. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran rupa bentuk yang baharu, bakal merangsang mood untuk kembali aktif berblog. Insha Allah.

Tags:
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

4 comments

  1. Nampak lebih cool! menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Memang dah sampai masa perlu berubah. Tak boleh ditangguhkan lagi..

      Delete
  2. Bukan sahaja lebih hebat dengan template responsive tetapi juga design keseluruhan nampak menarik juga. Well done bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Apa pun, keutamaaan tetap kepada keselesaan pembaca.. :)

      Delete