BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 Julai 2014

Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) - Jalan Perwira 19

Setelah selesai urusan di Pejabat POS, kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah. Walaupun sudah beberapa hari berpuasa, inilah kali pertama saya sekeluarga pergi ke bazar ramadan. 

Lokasi Baharu


Lokasi bazar ramadan ini telah pun ditukar oleh pihak MPJBT. Kalau dahulu ia diadakan di Jalan Perwira 3. Manakala bagi tahun ini, lokasinya ialah di Jalan Perwira 19. Saya berpendapat lokasi baharu ini lebih baik kerana lebih luas serta boleh menempatkan peniaga di kedua-dua arah bertentangan dan yang paling bagus sekali ialah ianya ditutup bagi trafik sewaktu perniagaan berlangsung. Langkah-langkah yang telah diambil ini sememangnya membuat penggunjung lebih selesa.




Rambang Mata


Memang rambang mata melihat pelbagai jenis juadah yang dijual. Semunya nampak menyelerakan. Namun begitu, misi kami jelas iaitu mencari juadah kegemaran kami sekeluarga iaitu mee rebus, nasi kerabu, kuih tako dan tidak ketinggalan leher ayam goreng!


Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) 2014


Harga Masih Lagi Munasabah


Setiap kali ke bazar ramadan, pemerhatian saya tentunya tertumpu kepada harga juadah yang dijual. Boleh dikatakan secara umumnya harga masih lagi seperti pada tahun lepas. Masih lagi berada pada tahap yang munasabah.  



Mee Rebus Sahabat - Bazar Ramadan Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) 2014


Cuma harga Mee Rebus Sahabat tahun ini naik 50sen kepada RM3.50 berbanding tahun lepas RM3.00! [Link] Tidak mengapalah, asalkan saiz hidangan dan kualitinya tetap seperti dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan