BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 November 2014

Enjin Force Induction Bagi Motosikal - Idea Gila atau Hebat?

Kawasaki Ninja H2R - Idea Gila Dunia Permotoran
Kawasaki Ninja H2R


Motosikal berkuasa Turbo dan Supercharged  (Forced Induction) bukanlah asing. Pada awal tahun 1980an para pemain industri permotoran telah menguji idea ini menerusi beberapa model keluaran mereka antaranya Honda CX500 / 650 Turbo, Yamaha XJ650 Turbo, Suzuki XN85 Turbo dan Kawasaki Z750 Turbo.

Namun begitu model-model keluaran awal ini tidak begitu berjaya memikat pasaran berikutan pelbagai masalah berkaitan pengagihan kuasa enjin serta masalah "Turbo Lag" yang menggangu kelancaran serta keseronokkan menunggang.

Selain daripada itu faktor kos untuk menghasilkan motosikal berkuasa Turbo adalah sangat tinggi dan tidak kos efektif bagi pengeluar untuk terus menyokong teknologi ini.

Akhirnya pemain industri mengakui bahawa enjin berkuasa Turbo tidak sesuai untuk digunakan pada motosikal. Namun begitu, perkara tersebut tidak bermaksud bahawa teknologi "Forced Induction" telah dilupakan.



Selepas 3 Dekad - Bimota Menjadi Pencetus Kebangkitan



Selepas lebih tiga dekad, idea untuk menghasilkan motosikal menggunakan teknologi "Forced Induction" kembali mendapat perhatian. Namun kali ini, bukan Turbo yang menjadi pilihan sebaliknya teknologi Supercharged. Ciri-ciri asas Supercharged yang lebih jinak tetapi tetap berkuasa tentunya menjadi asas pemilihan untuk diintegrasikan pada enjin motosikal.


Bimota DB11VLX - Supercharged
Bimota DB11VLX



Pada tahun 2012, Bimota telah memperkenalkan Bimota DB11VLX. Motosikal yang dilengkapi dengan enjin Supercharged ini mampu menghasilkan 190hp.


Bimota DB11VLX - Dilengkapi Enjin Supercharged
Bimota DB11VLX - Dilengkapi Enjin Supercharged


Berdasarkan kuasa yang dihasilkan, memang tiada apa yang istimewa mengenai enjin tersebut. Motosikal dalam kategori Supersport tanpa menggunakan teknologi supercharged pun sudah mampu mencapai malah ada telah yang melebihi angka tersebut. Model ini dibangunakan menggunakan enjin Ducati Testastretta yang sudah agak berusia. Jadi tidak hairanlah jika angka kuasa yang dihasilkan tidak nampak begitu menarik untuk diperkatakan..

Apa pun, Bimota telah mencetus kembali minat untuk para pengeluar menghasilkan enjin yang dikuasakan dengan teknologi Supercharged.



Kawasaki Ninja H2R - Idea Gila Dunia Permotoran
Kawasaki Ninja H2R


Ninja H2R - Idea Gila Kawasaki!




Pada bulan Oktober 2014, Kawasaki mengejutkan dunia permotoran dengan memperkenalkan Kawasaki Ninja H2R yang menggunakan teknologi "Forced Induction" (Supercharged). Enjin motosikal ini mampu menjana 300hp!



Kawasaki Ninja H2R - Idea Gila Dunia Permotoran
Kawasaki Ninja H2R - Supercharged, 300hp!



Kuasa kuda yang dihasilkan oleh enjin motosikal ini adalah sangat mengagumkan malah melebihi kuasa yang dihasilkan oleh enjin motosikal perlumbaan kategori MotoGP iaitu sekitar 280hp.



Kawasaki Ninja H2R - From Zero To Dead!
Kawasaki Ninja H2R - Bukan Untuk Kegunaan Jalanan!



Namun begitu, motosikal ini sebenarnya hanya boleh digunakan di litar perlumbaan dan bukannya untuk kegunaan jalanan. 


Kawasaki Ninja H2 - Versi Jalanan Yang Lebih Jinak



Untuk tidak mengecewakan, Kawasaki juga telah memperkenalkan Kawasaki Ninja  H2 yang boleh digunakan di jalan raya biasa. Model ini juga dilengkapi dengan teknologi Supercharged. Namun kuasa  kuda yang dihasilkan adalah 200hp. Setara dengan motosikal lain yang berada pada kelas Supersport.



Kawasaki Ninja H2 - Road Legal Supercharged Bike
Kawasaki Ninja H2 - Sah Untuk Kegunaan Jalanan


Enjin Force Induction Bagi Motosikal - Idea Gila atau Hebat?



Dari segi kejuruteraan tentunya ini adalah pencapaian hebat. Lebih-lebih lagi apabila enjin berkapasiti 1000cc mampu menjana sehingga 300hp! Namun begitu apa yang dipanggil pencapaian hebat dari segi kejurteraan ini sebenarnya adalah idea paling gila untuk sebuah jentera dua roda!

Pun begitu, teknologi enjin kecil yang berkuasa ini tentunya boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain yang lebih produktif dan sejagat.



6 ulasan:

  1. wow penulisan Hanip semakin mantap!

    Maza baru aje berangan nak sambar Ninja H2 ini, sekali untuk litarlah pulak. Terencat.
    Maka maza akan terus bersabar dan menunggang Lagenda 110 Yamaha ajelah..

    Vroommm..kuduk kuduk kuduk!


    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak dapat H2R boleh sahaja order H2. :) Hehe..

      Padam
  2. tertarik pulak tengok kawasaki ninja tu... nampak mantap je ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ni,H2R berada pada kelas tersendiri.. Masih belum ada pencabar!

      Padam
  3. kemas penulisan kau nip.. seronok plak membaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Rajin-rajinlah datang sini baca apa yang patut! :)

      Padam