Cerita Tentang [
Realiti
]

Sempena Menunggu Ketibaan Hari Gaji

Kadang-kadang kita akan menghadapi situasi dimana susah hendak menentukan dan memilih makanan. Bila berhadapan dengan situasi sebegini, jalan penyelesaiannya ialah memilih makanan yang paling ringkas! 

Kebelakangan ini perkara sebegini sudah agak kerap berlaku. Tidak dapat dipastikan apakah puncanya. Namun begitu, saya berpendapat bahawa tubuh badan saya sedang menyesuaikan diri dengan peningkatan umur!
 

Pilihan Makanan Sempena Menunggu Ketibaan Hari Gaji.
Makanan Sempena Menunggu Ketibaan Hari Gaji



Kebetulan pula, pilihan makanan untuk makan tengahari semalam adalah nasi putih, kari telur ayam dan sayur peria goreng. Senang cerita, sebenarmya saya mahu menjimatkan masa serta tidak mahu memeningkan kepala untuk mendalami proses memilih.

Selesai memilih makanan, kawan disebelah menegur. Kawan saya kata, ini adalah makanan sempena menunggu ketibaan hari gaji.

Kemudian kami gelak bersama-sama.

:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

4 comments

  1. boleh juga jadi makanan sementara tunggu pencen masuk.

    ReplyDelete
  2. Janji menyelerakan ....

    Kalau di sini, gaji di bayar sebulan 2 kali ... atau setiap dua minggu sekali. Mula mula dulu fikirkan , sama jugak ... duit kita dapat tuh sama, tapi bila dah lama di sini, memang terasa akan kebaikan dan kemudahannya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tuan. Janji menyelerakan.

      Harap satu hari nanti, Malaysia akan menggunakan sistem itu. Memang banyak kelebihannya.

      Delete