Cerita Tentang [
Motorsikal
]

Modenas Pulsar RS200 - Harga Dan Spesifikasi

Sudah lama perminat Modenas menunggu model-model terbaharu keluaran Modenas. Lebih dinantikan tentunya model "Sportbike" yang secara tradisinya bukanlah kekuatan bagi Modenas.

Penantian tersebut telah berakhir. Modenas secara rasminya telah memperkenalkan Modenas Pulsar RS200 untuk pasaran Malaysia.




Modenas Pulsar RS200
Modenas Pulsar RS200

Rekabentuk Moden


Model yang disalin terus daripada model Bajaj Pulsar RS200 ini menampilkan gaya serta rekabentuk moden yang menarik.


Modenas Pulsar RS200
Modenas Pulsar RS200



Dilengkapi ABS


Selain itu, motorsikal ini juga dilengkapi dengan sistem ABS (Anti-lock Braking System) untuk sistem brek hadapannya. 


Modenas Pulsar RS200
Modenas Pulsar RS200


Sistem Triple Spark


Agak menarik apabila motorsikal ini menggunakan Sistem Triple Spark. Ini bermaksud bahawa motorsikal ini menggunakan 3 palam pencucuh. Kelebihan bagi enjin yang menggunakan sistem ini ialah ia dapat mengoptimumkan pembakaran, menjimatkan bahan api dan seterusnya diterjemahkan kepada kuasa optimum pada peringkat "Top-End".

Manakala keburukannya menggunakan sistem ini ialah, pengguna terpaksa mengeluarkan kos yang lebih ketika melakukan servis!


Modenas Pulsar RS200
Modenas Pulsar RS200

Tangki Minyak 13 Liter


Motorsikal ini dilengkapi dengan kapasiti tangki minyak yang agak besar berbanding pesaing terdekatnya KTM RC200. Secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai pengangkutan harian.


Berikut adalah spesifikasi bagi Modenas Pulsar RS200:


Enjin Silinder Tunggal, Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC (Triple-spark)
Isipadu 199.5cc
Gerek x lejang 72 mm x 49 mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  18kW (24.5bhp) @9750rpm
Fuel System Suntikan Bahan Api
Suspensi Hadapan Teleskopic dengan Bush Anti Geseran
Suspensi Belakang Monoshock  dengan Tabung Nitrox
Brek Hadapan Cakera Tunggal 300mm dengan ABS
Brek Belakang Cakera Tunggal 230mm
Tayar Hadapan 100/80-17 (52P)
Tayar Belakang 130/70-17 (62P)
Saiz tangki 13 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 155 kg*
Harga RM11,342*
*Harga asas (kilang) dengan GST. Tidak termasuk pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.


Rujukan: Modenas / Bajaj Auto
     
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

2 comments

  1. dia punya design memang garang..siap abs tu yg penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. ABS tu yang penting.

      Delete